Wednesday, 28 August 2019

‘The Sacred Riana’ tampilkan cerita seram Asia secara bersiri

KUALA LUMPUR, 28 Ogos — Syarikat penerbitan Fremantle akan menerbitkan siri seram baru yang akan dipimpin pemenang Asia Got Talent The Sacred Riana.

Bekerjasama dengan Wahana Kreator Nusantara, rancangan tersebut bakal menampilkan cerita berbeza setiap episod, lapor Hollywood Reporter.

The Sacred Riana: Bedtime Stories adalah antologi seram berbahasa Inggeris, yang berkisar di benua Asia dan mendapat inspirasi dari kisah legenda rakyat,” kata mereka dalam kenyataan semalam.

“Setiap episod mengandungi cerita tersendiri dengan penampilan pelakon-pelakon dan jalan cerita yang unik bagi mendedahkan kisah seram Asia kepada dunia.”


The Sacred Riana, nama asal Marie Antoinette Riana Graharani, 27, dari Indonesia, mula mendapat perhatian antarabangsa apabila wanita itu muncul juara Asia Got Talent 2017.

Untuk rekod, watak The Sacred Riana turut popular di Malaysia apatah lagi rancangan realiti itu turut disiarkan di negara ini.

Beliau menakut-nakutkan orang ramai melalui penampilan yang diambil dari cerita seram klasik Jepun The Ring sambil membawa anak patung dalam filem The Conjuring.

No comments:

Post a Comment

Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci