Tuesday, 27 August 2019

Isu kaum cukuplah beri amaran keras

Suhu perkauman yang meningkat sejak beberapa minggu lalu tidak patut dituding kepada pihak tertentu atau kepada pembangkang kerana secara tradisinya tepuk sebelah tangan tidak berbunyi.

Isu ini perlu ditangani dengan undang-undang kepada sesiapa tidak kira siapa pelakunya demi keharmonian rakyat.

Untuk mengelakan natijah buruk berlaku, elakan ketidakadilan tangkapan dan dakwaan terpilih kerana setitis keamanan yang rosak sukar dipulihkan.

Cukup-cukuplah pihak atasan menjaga keamanan negara memberi amaran keras sekiranya tidak mahu dianggap seperti anjing salak bukit.

Pemimpin dalam kerajaan juga harus mengakui kelemahan dan tidak cuba menutupi pintu kelemahan dengan cara tunjuk jari pada pembangkang.

Dengan cara itu tidak memberi kelebihan malah lebih menonjolkan kelemah kerana gagal mendidik rakyat.

Walaupun negara dipimpin manusia berpengalaman 22 tahun dalam kerajaan dahulu ia tidak memberi sebarang kelebihan, kiranya api kecil tidak mampu dipadamkan sebelum marak.

No comments:

Post a Comment

Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci