Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak perlu jadikan kelemahan parti kerajaan sebagai inti gambaran kekuatan UMNO- BN dengan menajam mata kearah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dikatakan bersendirian dalam menghadapi konflik dan krisis dalaman Pakatan Harapan (PH). baca kenyataan ZAHID- https://www.utusan.com.my/berita/politik/ph-di-ambang-perpecahan-1.959907
Kepimpinan UMNO di peringkat Cawangan, Bahagian, Negeri sedang bermimpi untuk memerintah pada Pilihanraya Umum ke-15 sejak PAS membuka pintu kerjasama.
Zahid perlu tahu pengundi atau ahli UMNO sendiri masih meletakan sokongan (PAS)pada garisan kelabu berikutan ramai ahli PAS bawahan tidak menerima UMNO sebagai rakan politik.
Tidak cukup dengan eratnya hubungan dua pemimpin parti Melayu besar Negara atau rekod kemenangan beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) sebagai ukuran kekuatan kiranya tidak mampu memadam imej buruk yang di cop rakyat terhadap UMNO.
Baiki kelemahan kepimpinan UMNO disemua peringkat agar tidak dilihat oleh ahli bawahan seperti tunggul mati adalah lebih baik daripada mengintai koyak parti kerajaan.
Rakyat umumnya tahu kelemahan parti lawan adalah senjata utama, namun sekiranya kemampuan untuk menjahit koyak sendiri terlalu lemah ia satu gambaran jelas tiada kemampuan dipihak sendiri.
Walaupun isu dalam Negara dilihat seperti memberi nafas dan kekuatan pada parti pembangkang ia tidak menjamin padunya sokongan, kerana ia dikatakan melibatkan bangsa dan agama bukan terjurus sangat kearah politik kepartian.
Lebih memburukkan lagi apabila strategi yang dirancang hanya berlegar diperingkat kepimpinan, manakala ahli dan penyokong lebih banyak menerima sogokan maklumat dari parti kerajaan.

"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci