728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday 16 April 2019

    Kementerian Kewangan lulus kontrak rundingan terus?

    KUALA LUMPUR – Ketika kerajaan Pakatan Harapan (PH) lantang dengan pendirian melaksanakan tender terbuka dalam perolehan kerajaan sebelum ini, tersebar dalam media sosial surat kelulusan oleh Kementerian Kewangan yang meluluskan permohonan Kementerian Dalam Negeri untuk melaksanakan perolehan kerajaan secara rundingan terus.

    Tersebar dalam media sosial hari ini sehelai surat daripada Kementerian Kewangan yang meluluskan pelaksanaan perolehan secara rundingan terus Kementerian Dalam Negeri dengan syarikat Motorola Solutions Malaysia Sdn. Bhd. (MSMSB).

    Ia berhubung kontrak perkhidmatan penyelenggaraan dan pembekalan alat ganti bagi peralatan infrastruktur, server, perisian dan radio pengguna Sistem Royal Malaysia Police Net (RMPNET) untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).Surat bertarikh 28 Mac 2019 itu dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan dan ditujukan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim.

    Menurut surat yang disebarkan oleh pengguna Twitter, Azmanhaj itu, Kementerian Kewangan tidak meluluskan permohonan Kementerian Dalam Negeri untuk melaksanakan perolehan tersebut secara rundingan terus dengan MSMSB bagi tempoh lima tahun dengan anggaran kos sebanyak RM380 juta.

    Namun begitu, Kementerian Kewangan bersetuju supaya Kementerian Dalam Negeri diluluskan untuk melaksanakan perolehan berkenaan secara rundingan terus dengan syarikat MSMSB bagi tempoh satu tahun sahaja dengan anggaran kos sebanyak RM56.3 juta supaya sistem RMPNET tersebut tidak terjejas. – UTUSAN ONLINE

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Kementerian Kewangan lulus kontrak rundingan terus? Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top