728x90 AdSpace

  • Latest News

    Thursday 18 April 2019

    Jokowi isytihar kemenangan, Prabowo dakwa wujud penipuan


    JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko ‘Jokowi’ Widodo hari ini mengisytiharkan kemenangannya dalam pilihan raya presiden republik itu, sekali gus mengekalkan jawatan disandang untuk tempoh lima tahun lagi.

    Beliau berkata, keputusan tidak rasmi menunjukkan tiket gandingannya dengan ulama terkenal Ma’ruf Amin memperoleh 54 peratus undian popular dalam pilihan raya semalam.


    Jokowi yang berganding dengan Ma’ruf menentang bekas jeneral tentera, Prabowo Subianto dan Sandiaga Uno yang memperoleh 45 peratus undi, menurut ‘kiraan pantas’ tidak rasmi sampel undian oleh peninjau persendirian.

    Kiraan peninjau dipercayai terbukti tepat dalam pilihan raya sebelumnya, walaupun keputusan rasmi tidak akan diumumkan sehingga 22 Mei ini.

    “Kita perlu menunggu keputusan rasmi namun 12 peninjau memberi keputusan jelas. Kami menyampaikan bahawa tiket gandingan Jokowi-Ma’ruf memperoleh 54.5 peratus undi sementara Prabowo memperoleh 45.5 peratus,” kata Jokowi dalam sidang media di selatan ibu kota ini.

    Prabowo juga mendakwa memperoleh kejayaan mengatasi Jokowi, memetik tinjauan dalaman menunjukkan beliau menang 62 peratus undi selain mengadu penipuan meluas dalam pilihan raya.

    Laman web Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) meletakkan Prabowo dengan 45 peratus undi hari ini berdasarkan keputusan daripada 808 atau lebih 800,000 stesen pengundian.

    Jokowi memaklumkan media, beliau menerima panggilan ucapan tahniah daripada 22 pemimpin negara termasuk Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan serta menjemput pencabarnya untuk bertemu.

    Pada masa sama, Jokowi menggesa penyokongnya menunggu keputusan rasmi untuk mengesahkan kemenangan beliau.

    Sementara itu, dalam sidang media berasingan beberapa minit selepas Jokowi mengumumkan kejayaannya, Prabowo sebaliknya menolak dan berkata pasukannya mempunyai bukti penipuan meluas dalam pilihan raya.

    “Kami mengisytiharkan kejayaan kerana mempunyai bukti penipuan meluas di peringkat kampung, daerah kecil dan daerah di seluruh Indonesia,” katanya berdiri bersebelahan rakan gandingan, Sandiaga, yang lebih sugul.


    Prabowo (kiri) dan Sandiaga (kanan), memperoleh 45 peratus undi, menurut ‘kiraan pantas’ tidak rasmi sampel undian oleh peninjau persendirian. Polis Indonesia memberi amaran supaya penyokong bekas jeneral itu tidak melakukan bantahan besar-besaran susulan kemenangan tidak rasmi Jokowi hari ini. -Foto AFP
    Pada 2014, Prabowo juga mengisytiharkan kejayaan sebelum mencabar keputusan di Mahkamah Perlembagaan yang mengesahkan kemenangan Jokowi.

    Seorang jurucakap Prabowo berkata, jeneral itu akan membawa aduannya ke Mahkamah Perlembagaan jika KPU mengesahkan kemenangan Jokowi.

    Akhbar The Jakarta Post juga membawa tajuk muka depan mengisytiharkan ‘Lima Tahun Lagi’ bersebelahan gambar Jokowi. -Reuters

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Jokowi isytihar kemenangan, Prabowo dakwa wujud penipuan Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top