Selepas gagal mempertahankan rumah tangganya dengan aktor Nazim Othman sehingga membawa kepada penceraian bulan lalu, aktres Bella Dally mengakui dia kini lebih tenang dan menjalani kehidupan seperti biasa.
Menafikan cuba berpura-pura kuat untuk mengelakkan persepsi orang ramai terhadapnya, kata Bella, dia kini sudah sembuh daripada kelukaan lalu dan kini sedang merencana kehidupannya selepas hidup sendiri.
"Saya bukan berpura-pura kuat atau menyembunyikan perasaan daripada penglihatan orang ramai. Namun secara jujurnya, saya berasa sudah sembuh, mungkin tidak sepenuhnya tetapi cukup untuk meneruskan kehidupan.
"Perceraian itu sudah berlaku dan ia adalah hakikat yang tidak boleh diubah. Lagipun saya kini sudah tidak bersuami, jadi perlu lebih kuat untuk mencorak kehidupan sendirian selepas ini,” kata seperti yang dilaporkan sebuah portal hiburan.
Pelakon drama Cinta 11 Syarat ini juga berkata, tiada apa yang perlu dia sesalkan kerana percaya segala yang berlaku itu telah ditentukan.
Meskipun rumah tangga mereka hanya bertahan dalam tempoh tidak sampai dua tahun, Bella akur dengan takdirnya.
"Perceraian saya berlaku dengan baik dan tiada apa yang perlu disesalkan termasuk gelaran janda yang disandang. Ada masanya kita perlu memikirkan dan menyayangi diri terlebih dahulu sebelum risaukan orang lain.
"Mereka di luar sana boleh bercerita apa sahaja, namun hanya saya dan bekas suami yang tahu apa sebenarnya yang terjadi. Kita kena yakin dengan qada dan qadar Tuhan dan tidak perlu meratap berlebihan.
Tambahnya, perpisahan bukanlah satu penamat dalam hidup sebaliknya sebagai wanita, dia mahu bangkit dan yakin bahawa pasti ada perkara lebih baik menanti
Dalam perkembangan lain, Bella kini sedang sibuk berniaga sempena bulan Ramadan di CelebFest, yang berlangsung di Singapura.
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci