728x90 AdSpace

  • Latest News

    Sunday 3 June 2018

    Trump Jemput Berbuka Puasa Di Rumah Putih Minggu Depan





    WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan menganjurkan majlis berbuka puasa sempena Ramadan minggu depan, mengembalikan tradisi Rumah Putih yang diabaikan ketika tahun pertama memegang jawatan, kata seorang pegawai West Wing semalam.


    Majlis iftar itu dijangka diadakan Rabu ini namun senarai tetamu belum didedahkan.


    Trump mempunyai sejarah panjang dalam membuat kenyataan provokasi mengenai Muslim. Ketika kempennya, beliau memberitahu penemuramah, "Saya fikir Islam membenci kami."


    Sejak beberapa tahun lalu, beliau berulang kali menyindir bekas Presiden Barack Obama sebagai Islam dan pada 2015 berkata, dirinya secara serius menimbang menutup masjid.


    Akhir tahun sama, beliau mengeluarkan gesaan untuk 'satu penutupan penuh dan lengkap melarang Muslim daripada memasuki AS' serta mengeluarkan siri larangan perjalanan yang menyasar majoriti negara Islam.


    Majlis iftar itu, dilaporkan terdahulu oleh Politico, akan menghidupkan tradisi yang diteruskan Presiden Demokrat dan Republikan sejak beberapa tahun lalu ketika Ramadan, apabila Muslim berpuasa.


    Sambutan Aidilfitri di AS, dijangka jatuh pada Khamis, 14 Jun ini. -NYT


    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Trump Jemput Berbuka Puasa Di Rumah Putih Minggu Depan Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top