728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday 5 June 2018

    Selepas Raya, Anwar Akan Bertanding Di Kerusi Parlimen Batu?





    Desas desus Anwar Ibrahim akan kembali ke Parlimen semakin kuat bertiup.

    Melihat kejayaan Anwar Ibrahim yang menjadi faktor penentu hubungan Istana dan Putrajaya malam tadi, menjadikan kemungkinan itu semakin besar.

    Namun kerusi manakah yang akan ditandingi Anwar Ibrahim ?

    Adakah Langkah Kajang bertukar menjadi Langkah Pandan atau Langkah Permatang Pauh ?

    menurut sumber, langkah Pandan tidak mungkin akan berlaku bagi memastikan kedudukan Anwar Ibrahim selamat dan transisi itu akan dilakukan sebaik sahaja Anwar menang terlebih dahulu.

    Adalah tidak selamat sekiranya Wan Azizah melepaskan jawatan kerana kedudukan Sebegai Timbalan Perdana Menteri boleh digantikan dengan segera oleh Tun Mahathir yang pastinya akan mengukuhkan kuasa  dan ini bakal meyusahkan Anwar Ibrahim di Kemudian hari.

    Adakah kerusi Permatang Pauh pula akan dikosongkan untuk memberikan Anwar dilantik? perkara itu mungkin ada kemungkinan memandangkan itu adalah kubu kuat Anwar Ibrahim sendiri namun cakap-cakap  menyatakan Parlimen Batu kini menjadi pilihan.

    PARLIMEN BATU BAKAL DIKOSONGKAN 

    M Prabakaran, calon bebas yang baru berusia 22 tahun berkemungkinan akan melepaskan kerusinya selepas tawaran di buat oleh Anwar Ibrahim. Anak muda berbakat yang kini masih berstatus seorang pelajar boleh meneruskan pembelajarannya dan menjadi pegawai kepada Anwar Ibrahim.

    ini memandangkan beliau merupakan penyokong kuat Keadilan, dan boleh berkorban bagi memastikan figura hebat seperti Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri memandangkan kuasa majoriti dalam Pakatan adalah Parti Keadilan Rakyat yang menguasai 49 kerusi dari PPBM yang hanya menguasai 12 kerusi.

    untuk rekod M Prabakran menang dengan majoriti 24, 438 undi berjaya menewaskan 3 calon lain di Parlimen Batu selepas mendapat sokongan dari Tian Chua di Parlimen berkenaan.

    segalanya bakal dibuktikan selepas aidilfitri ini nanti....


    SUMBER : 1barisanbersatu.blogspot.com




    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Selepas Raya, Anwar Akan Bertanding Di Kerusi Parlimen Batu? Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top