728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday 4 June 2018

    Perut Percik Diburu Dalam Bulan Ramadan






    Pasir Mas: Kebiasaannya bahagian perut ayam dibuang namun tidak ramai yang mengetahui organ dalaman ternakan itu boleh dijadikan hidangan ‘perut percik’ yang mendapat sambutan menggalakkan di daerah ini terutama pada Ramadan.


    Penjual perut ayam percik Marini Mokhtar, 35, berkata, dia mula menjual makanan itu sejak tujuh tahun lalu selepas mengambil alih perniagaan daripada arwah ibu yang meninggal dunia pada 2011.


    “Kebiasaannya apabila membeli ayam orang membuang bahagian perut tetapi bagi saya apabila ia dimasak dengan betul, rasanya akan menjadi sedap.


    “Rata-rata pelanggan saya menyukainya untuk dijadikan hidangan tambahan ketika berbuka puasa,” katanya di kedainya di Jalan Kota Bharu-Pasir Mas.


    Menurutnya, setiap hari dia mampu menjual antara 100 hingga 200 batang perut percik sehari.


    “Selain menjual perut percik, saya juga menjual percik bahagian ayam yang lain seperti sayap dan paha dan juga ikan dan daging percik,” katanya.


    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Perut Percik Diburu Dalam Bulan Ramadan Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top