728x90 AdSpace

  • Latest News

    Friday, 1 June 2018

    Apa Dosa JAKIM?






    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), salah sebuah agensi yang ditubuhkan bagi menjaga hal ehwal umat Islam di negara ini. Setiap satu permasalahan yang timbul, pasti akan dirujuk kepada JAKIM untuk tindakan lanjut. Malah, agensi seperti Baitulmal juga diletakkan di bawah pengurusan JAKIM.

    Selama berdekad lamanya, tidak ada seorang pun pemimpin kerajaan akan cuba mencampuri apa jua urusan JAKIM. JAKIM kekal bergerak bebas sebagai sebuah agensi yang bukan mengutamakan keuntungan. Sebaliknya JAKIM lebih kepada agensi yang melakukan pelbagai kerja kebajikan disamping melindungi umat Islam dari sebarang ancaman luar.

    Tidak hairanlah, apabila wujud cubaan untuk mengganggu JAKIM, Duli-Duli Tuanku Sultan-Sultan Melayu akan bersuara terlebih dahulu. Secara amnya, kesemua Duli-Duli Tuanku Sultan-Sultan Melayu aadalah payung kepada agama Islam dan di dalamnya, terletaknya fungsi utama JAKIM.

    Namun baru-baru ini, buat kali pertama dalam sejarah, kerajaan menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan, pihak kerajaan akan mengkaji semula peranan JAKIM. Memang amat menghairankan, selepas terdapat desakan untuk membuka pintu kepada semua kaum di UiTM dan Felda, JAKIM pula menjadi sasaran.

    Bukankah sudah termaktub di dalam Perlembagaan Negara bahawa agama Islam adalah agama persekutuan? Sudah semestinyalah agensi seperti JAKIM ini amat diperlukan bagi mengurus tadbir hal ehwal umat Islam di Malaysia. Kenapa agensi berlatar belakangkan agama ini mahu dikaji sedangkan banyak lagi agensi lain yang wajar dikaji keberkesanannya?

    Janganlah hanya disebabkan politik dan desakan mereka yang mahu menjadikan negara ini liberal atau mengikut jejak langkah negara Republik, agensi keagamaan seperti JAKIM ini mahu dikaji semula keberkesanan dan gerak kerjanya. JAKIM bukan satu badan yang boleh dipermainkan sesuka hati mengikut kemahuan sesetengah pihak. Ini mungkin bakal menimbulkan bahaya jika terus dipolitikkan.

    Pastinya, ramai yang ingin bertanya, andai kerajaan mahu menkaji semula peranan JAKIM, kenapa tidak kerajaan mulakan kerja yang sama terhadap Magnum 4D, Sport Toto, Damachai dan lain-lain pusat perjudian yang lain? Kenapa kerajaan tidak pula langsung menyentuh tentang kilang arak yang telah wujud lebih 40 tahun yang lalu? Kenapa mesti JAKIM?



    -Diolah kembali dari tulisan asal blusamurai

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Apa Dosa JAKIM? Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top