728x90 AdSpace

  • Latest News

    Sunday 10 June 2018

    9 Soalan Untuk Guan Eng...





    Baru-baru ini, dua projek saluran paip di Malaysia telah menjadi tumpuan kerana dakwaan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa kontraktor China itu dibayar lebih awal sebelum mencapai tahap pembinaan tertentu.

    1. Apakah dakwaan Lim Guan Eng?

    RM8.3 bilion atau 88% daripada keseluruhan nilai kontrak bernilai RM9.4 bilion bagi kedua-dua projek itu telah pun dibayar walaupun hanya 13% daripada kerja-kerja pembinaan yang telah diselesaikan.

    2. Bagaimanakah projek-projek itu dibiayai?

    85% daripada nilai projek itu dibiayai oleh pinjaman mudah dari Kerajaan China dengan faedah 3% setahun manakala 15% dibiayai oleh Sukuk kerajaan pada kadar faedah 4% setahun.

    3. Berapa lamakah tempoh pembinaan untuk kedua-dua saluran paip itu?

    Bagi kedua-dua projek itu, ia adalah antara 2 hingga 3 tahun dari permulaan hingga penghabisan.

    4. Adakah dana itu telah disalurkan kepada mana-mana pihak ke-3? Kemanakah semua pembayaran itu pergi?

    Tiada pihak ke-3 yang telah dibayar. Semua pembayaran telah dibuat kepada kontraktor China utama mengikut kontrak.

    5. Siapakah kontraktor utama China itu?

    China Petroleum Pipeline Bureau (CPP), yang merupakan syarikat terbesar di dunia yang memasang saluran paip petroleum dengan lebih daripada 10,000 kilometer saluran paip yang telah dibina. Ia adalah anak syarikat milik penuh China National Petroleum Corporation (CNPC) yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan China. CNPC adalah s
    yarikat ke-4 terbesar di dunia dengan pendapatan sebanyak AS$268 bilion (RM1.07 trilion) pada 2017.

    6. Apakah impak sebenar pembayaran 88% ke atas Malaysia walaupun baru 14% pembinaan yang selesai?

    Ia bergantung. Memandangkan projek itu hanya mengambil masa 2 hingga 3 tahun, impaknya adalah bahawa Malaysia perlu menanggung kos faedah 2 tahun lebih awal. Walau bagaimanapun, projek ini adalah majoritinya dibiayai oleh pinjaman mudah dari China dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 3% setahun, jadi kesan maksima akan berjumlah kira-kira RM500 juta dalam kos faedah tambahan atau ia mungkin lebih rendah kerana terma pinjaman mudah itu tidak didedahkan oleh Kementerian Kewangan. Mungkin terdapat tempoh bebas faedah atau syarat insentif dalam pinjaman mudah itu kerana ini bukanlah sesuatu yang luar biasa dalam pinjaman Kerajaan kepada Kerajaan.

    7. Apa yang mungkin menjadi sebab untuk pembayaran yang tinggi berbanding dengan tahap pembinaan yang telah selesai?

    Membina dan memasang saluran paip tidak sama seperti membina rumah atau membina lebuh raya. Ia bukanlah sesuatu yang luar biasa untuk majoriti kos projek-projek sedemikian ditanggung terlebih dahulu.

    Sebagai contoh, reka bentuk, pengambilan tanah, kawasan fabrikasi untuk membuat paip dan pembelian bahan mentah untuk paip mungkin telah dilakukan terlebih dahulu untuk menyediakan laluan dan membuat paip. Memasang paip boleh dilakukan dengan cepat kerana pemasangan paip tidak sama dengan membina jalan raya atau terowong dalam projek pembinaan jalan yang biasa.

    8. Jadi, apakah dua projek itu dan bagaimanakah ia memberi manfaat kepada Malaysia? Adakah kita akan mendapat kembali wang kita?

    Pipa pertama ialah Multi-Purpose Pipeline (MPP) yang merupakan 800km lanjutan Peninsular Gas Utilisation (PGU) untuk menghubungkan Pengerang ke Melaka ke Perlis. Projek Pengerang RAPID yang sudah hampir selesai itu akan menjadi kilang penapisan minyak terbesar negara kita dan mengurangkan jumlah import minyak diproses dari Singapura. Produk-produk ini perlu disalurkan ke seluruh negara dengan cara yang paling murah dan paling dipercayai berbanding dengan lori tangki minyak. MPP dijangka memenuhi permintaan pasaran 30 tahun bagi produk petroleum di Semenanjung Malaysia.

    Projek Trans Sabah Gas Pipeline (TSGP) adalah projek untuk membina saluran paip gas sepanjang 662km dari Terminal Gas Kimanis ke Sandakan dan Tawau. Projek ini adalah untuk membolehkan loji janakuasa bertenaga gas untuk beroperasi di bahagian barat Sabah dan menyelesaikan masalah elektrik yang dihadapi oleh kawasan tersebut serta memenuhi keperluan kompleks perindustrian di sana.

    Salah satu projek utama ialah loji janakuasa 300MW yang tertangguh di Sandakan untuk menyelesaikan masalah gangguan bekalan elektrik di sana. Pelan sebelumnya untuk membina loji berkuasa arang batu di lokasi yang sama mendapat bantahan yang kuat manakala loji berkuasa diesel didapati tidak dapat dilaksanakan disebabkan pencemaran dan kos bahan diesel.

    9. Adakah kos projek itu melebihi harga pasaran?

    Lim Guan Eng tidak membuat dakwaan ini. Memandangkan projek-projek ini adalah lain daripada yang lain, ianya sukar untuk membandingkan kos. Bagaimanapun, Guan End berkata TSGP sepanjang 662km itu menelan kos RM4.06 bilion sementara saluran paip gas Sabah-Sarawak (SSGP) yang disiapkan pada tahun 2013 telah menelan belanja sebanyak RM4.6 bilion.

    Anti-Wayang

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: 9 Soalan Untuk Guan Eng... Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top