PUTRAJAYA, 26 Mei ― Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang dicari polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan sudah ke luar negara.
Walaupun SPRM ada memohon supaya bekas ketua menteri Sabah itu dihalang meninggalkan Malaysia, Tan Sri Musa Aman mungkin pergi ke Singapura dan Brunei untuk ke London, lapor The Star.
“Bagaimanapun, kami mendapati beliau sudah keluar negara sebelum disenaraihitamkan,” kata sumber SPRM kepada portal tersebut.
Polis Sabah pula hanya boleh memberitahu bahawa Musa tidak berada di negeri tersebut.
Pembantu dan rakan Musa juga dikatakan tidak tahu kedudukan lokasinya.
Rabu lalu, dua kediaman Musa di Kota Kinabalu dan Sandakan diserbu SPRM untuk siasatan kes rasuah.
No comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci