Pesawat AirAsia tertera tema manifesto Barisan Nasional (BN) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), petang tadi berjaya mencuri tumpuan netizen di media sosial.
Kelihatan, pramugari Air Asia turut mengenakan pakaian biru rasmi Barisan Nasional (BN)
Tema ‘Hebatkan Negaraku’ edisi khas itu terpampang di badan pesawat jenis Airbus A330-300 milik Air Asia.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes yang turut mengirimgi perdana menteri berkata, menerusi sebuah video yang dimuat naik di YouTube milik Negaraku hari ini mengakui secara terbuka menyokong dasar Najib yang disifatkan sebagai mendahulukan rakyat dan membantu syarikatnya semakin maju.
“Saya sentiasa berkata kepada kerajaan dan perdana menteri: Dahulukan rakyat, keputusan kemudiannya menjadi mudah.
“Air Asia bermula dengan dua pesawat dan menjadi 230 pesawat hari ini. Daripada 200,000 penumpang, tahun ini kami akan membawa 89 juta penumpang.
“Dan saya percaya perdana menteri mendahulukan rakyat dan membenarkan Air Asia berkembang walaupun terdapat pelbagai bantahan.
“Saya percaya fikir kerajaan dan perdana menteri bukan meletakkan Tony Fernandez, bukan Air Asia terlebih dahulu, bukan GLC lain, tetapi mendahulukan negara ini dan rakyat Malaysia,” katanya,” katanya.
Terdahulu, Perdana Menteri yang tiba di KKIA sebaik selesai program di Kota Marudu kira-kira jam 4 petang tadi, diiringi dua Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Datuk Yahya Hussin, sebelum berlepas pada jam 4.45 petang
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci