Presiden PAN, Mohamad Sabu mengakui kebanyakan pemimpin dalam gabungan pembangkang PKR merupakan mangsa tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semasa Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.
Bagaimanapun beliau berkata, demi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mereka terpaksa berdamai dan melupakan 'dendam kesumat' terhadap bekas perdana menteri itu.
"Gabungan pembangkang PKR dibentuk daripada kalangan musuh politik. Kami tiga parti iaitu PKR, PAN dan DAP adalah pemimpin yang kebanyakannya menjadi mangsa pada zaman Mahathir.
"Tapi kalau terus dendam kesumat, terus menyalahkan dan tidak mahu berdamai macam mana hendak mengalahkan Najib dan Barisan Nasional (BN)?," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam ceramah gabungan pembangkang PKR di Taman Lapangan Ria, Ipoh, semalam.
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci