Wednesday, 23 May 2018

Era Ketuanan Melayu Telah Berakhir – Ti Lian Ker




UMNO perlu sedar bahawa era ketuanan Melayu telah berakhir, demikian dakwaan Pengerusi Biro Agama dan Harmoni MCA, Dato’ Seri Ti Lian Ker seperti yang dilaporkan dalam laporan Malaysiakini.


Menurutnya lagi, sekiranya Pakatan Harapan dapat mentadbir negara dengan cekap, maka MCA akan menyokong usaha tersebut.


“Jika HARAPAN mentadbir dengan cekap dan memberi manfaat kepada rakyat, meskipun MCA di barisan pembangkang, kami akan terus sokong usaha, dasar dan pentabiran yang baik.”


Ti Lian Ker juga mendakwa bahawa Majlis Penasihat Kerajaan yang ditubuhkan baru-baru ini sebagai tidak berpandukan Perlembagaan Persekutuan.

No comments:

Post a Comment

Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci