728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday, 23 May 2018

    Dr Mahathir Pengerusikan Mesyuarat Kabinet Pertama





    PUTRAJAYA, 23 Mei: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempengerusikan mesyuarat kabinet yang pertama di Perdana Putra di sini, hari ini.


    Mesyuarat yang bermula pada pukul 9.25 pagi itu dihadiri kesemua 13 menteri yang mengangkat sumpah pada Isnin lepas.


    Sebelum mesyuarat kabinet itu bermula, Dr Mahathir menyertai sesi bergambar bersama jemaah menteri.


    Hadir sama ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Timbalan Ketua Setiausaha Kabinet Tan Sri Mazidah Abdul Majid.


    Ini merupakan mesyuarat kabinet pertama setelah Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin Dr Mahathir memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei, lepas.


    Dr Mahathir, 92, kembali menerajui negara selepas mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ketujuh Malaysia berikutan kemenangan PH itu, sekali gus menjadi perdana menteri tertua di dunia.


    Beliau sebelum ini merupakan perdana menteri Malaysia keempat dan menerajui tampuk pemerintahan negara dari 1981 sehingga 2003.


    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Dr Mahathir Pengerusikan Mesyuarat Kabinet Pertama Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top