728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday, 15 May 2018

    3600 Guru Kafa Kena Buang





    Dulu saya tidak percaya mereka hendak buang kakitangan awam. Kini saya menyesal sama sekali. Tidak sangka saranan Penang Institute itu benar benar berlaku.

    Bukan hanya 500 orang yang kena buang di Putrajaya, di Kelantan ramai lagi yang kena. Guru guru Kafa turut jadi mangsa.

    Apalah dosa mereka? Mereka hanya mengajar anak anak mengaji Al Quran, tajwid dan menceritakan kisah kisah nabi dan agama. Hari ini, bila kerajaan baru PH naik mereka juga kena buang juga.

    Balairaya kampung sudah kena kunci. Wanita wanita di kampung yang meminjam duit Amanah Ikthiar Malaysia juga sudah kena tempias. Tidak boleh lagi meminjam seperti dahulu.

    Dulu masa kempen pilihanraya kata hendak buang Najib sahaja, tetapi sekarang kenapa guru yang ajar agama turut dibuang sama? Kenapa pemandu, kerani dan staff yang tidak berdosa turut jadi mangsa?

    Esok ramai kanak kanak kecil ini mencari ke mana guru mereka? Kenapa tiba tiba guru agama yang mengajar mereka tiada? Kenapa jadi begitu?

    Kanak kanak ini tidak faham pun pasal politik, mereka hanya hendak belajar agama sahaja. Esok siapa lagi akan kena buang? Semua ini dibuang kerana hendak berjimat kononnya.

    Berjimat seperti cadangan yang dibuat oleh DAP? Berjimat atau balas dendam? Yang jadi mangsa adalah Ustaz dan Ustazah Kafa.

    Anak anak murid kami akan berdoa siang dan malam agar kezaliman ini dihentikan. Majlis Raja Raja kena campur. Tolonglah. Ramai yang kena ini orang Melayu dan Islam. Kasihanilah kami. Apalah dosa kami.

    Dua hari lagi kami hendak berpuasa. Bagaimanalah Hari Raya kami kali ini. Raya yang suram, tidak mengapa Allah ada. Moga Allah memberi keadilan yang saksama kepada mereka di akhirat nanti.


    Luahan rasa
    Bekas Ustaz Kafa

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: 3600 Guru Kafa Kena Buang Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top