Sunday, 1 April 2018
Zahid : Pesan Dari Tapah, Untuk Kerusi Cameron Highlands
Timbalan Perdana Menteri yang merupakan pembantu paling rapat kepada Perdana Menteri akhirnya membuka mulut dalam isu calon PRU14.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu semua parti dalam BN mempraktikkan semangat setiakawan BN yang bertoleransi dan berkompromi sesama komponen.
Secara jelas beliau tidak mahu mana-mana parti politik sekadar mementingkan diri lebih-lebih lagi menggunakan alasan "kerusi tradisi" untuk calon PRU.
Benar-benar berucap di hadapan jentera BN Tapah, Zahid berterus terang - untuk PRU14 ini jika ada kawasan yang dirasakan perlu ditukar calonnya, maka ia akan dilakukan, termasuklah jika ada keperluan untuk meminjam sementara sebelum keadaan kawasan itu menjadi baik.
"Tapi demi rakyat, demi kemenangan BN, ketepikan keegoan, ketepikan kepentingan peribadi dan organisasi yang kita wakili. Yang penting adalah kemenangan calon BN," katanya di majlis yang berlangsung pada Sabtu, 31 Mac 2018.
Ingat lagi tak portal KAKI PALU pernah menyentuh perkara ini pada 16 Mac 2018 lalu dalam tajuk "Parlimen Cameron Highlands : Kerusi Tradisi Bukan Tiket MIC Boleh Menang Bergaya".
Ternyata apa yang KAKI PALU tulis terlebih awal itu menepati apa yang Timbalan Perdana Menteri sarankan pada hari ini di Perak.
Kenapa Zahid bercakap di Perak? Apakah ini "hint" jelas kepada MIC bahawa, bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands - yang mana jalan utama untuk naik ke tanah tinggi itu adalah perlu melalui negeri Perak - individu yang paling layak untuk bertanding di situ adalah Tan Sri M Kayveas dari MyPPP?
Ini kerana, "track record" Kayveas bersama rakyat di tanah tinggi berkenaan tidak boleh disangkalkan lagi oleh sesiapa, waima MIC sekali pun.
Mungkin kerana MIC mendesak untuk menyambung tradisi agar mereka terus dikekalkan bertanding di Cameron Highlands, justeru Zahid yang juga Timbalan Pengerusi BN terpaksa bercakap secara sinis dan halus dari Tapah?
Jika MIC punyai semangat setiakawan BN yang tinggi, maka "hint" dari pemimpin negara yang berasal dari Perak ini harus dihormati dan dijaga dengan rapi.
Andai hakikatnya rakyat lebih selesa dengan #UncleBond , siapa kita untuk menafikan hak Kayveas bergelar calon BN di Parlimen Cameron Highlands? - KAKI PALU
Cakap kalau tak pasti jangan kongsi.
ReplyDeleteAwak pastikah Uncle Bond orang yang rakyat cameron paling selesa dengan?
Sedara mara dan bau bacang dia kat situ pun tak berapa senang bila dia naik tunjuk muka sejak kebelakangan ini.
Sedara beliau meninggal pun tak lama dulu pun kelibatnya tidak kelihatan di Cameron.
Jadi rakyat sekarang garu kepala bertanya adakah merasmikan kedai gunting rambut bangla kini dikategori sebagai " track record" dikalangan pemimpin BN?
Nak tahu apa rakyat Cameron sering tertanya tanya? Takkan takda seorang pemuda atau pemudi anak jati Cameron tak kira Melayu Cina atau India yang tak layak untuk dinamakan sebagai Calon?
Sampai bila nak terima calon paying terjun?
Atau nak kena kalah dulu baru nak sedar?
Die tak akan menang jika memjadi calon untuk Cameron highlands.
ReplyDelete