728x90 AdSpace

  • Latest News

    Sunday 29 April 2018

    Pesawat Dr Mahathir Didakwa Tak Dapat Permit Mendarat Lah Pula...





    BUTTERWORTH 28 April - Meskipun Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) telah mengesahkan tiada sebarang unsur sabotaj terhadap pesawat calon PKR Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad, semalam, namun anak perempuannya, Marina terus membuat dakwaan kononnya perkara sebaliknya berlaku.


    Menurut Marina yang juga aktivis politik, masalah yang berlaku kononnya pesawat berkenaan tidak mendapat permit untuk mendarat di Langkawi.


    Katanya, kebenaran itu bagaimanapun hanya diperoleh pada saat-saat akhir sahaja.


    "Mereka (merujuk kepada Barisan Nasional) sebenarnya cuba nak menghalang kita sebab mereka takut akan kebenaran," dakwanya dalam ceramah Mega DAP di padang Dewan Datuk Haji Ahmad Badawi, di sini malam tadi.


    Dalam kejadian itu, pesawat yang sepatutnya dinaiki Mahathir bagaimanapun dilaporkan rosak secara tiba-tiba sebelum pemimpin itu berlepas ke Langkawi pagi tadi untuk proses penamaan calon.


    Berdasarkan siasatan, Pengerusi CAAM, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman, memberitahu, pesawat tersebut sebenarnya gagal terbang disebabkan masalah teknikal kecil dan kesalahan rutin iaitu kebocoran udara dari bahagian kiri tayar depan pesawat tersebut. - UTUSAN ONLINE


    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Pesawat Dr Mahathir Didakwa Tak Dapat Permit Mendarat Lah Pula... Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top