Monday, 2 April 2018

Peminat Mahu Janna Nick & Sufian Suhaimi Bercinta




Sejauh mana fantasi peminat ini akan menjadi kenyataan tidaklah diketahui namun bagi Janna Nick sendiri, memang ada peminat yang mahu dia dan juga Sufian Suhaimi menjalin cinta. Perkara ini dihangatkan lagi dengan komen yang ditinggalkan Janna di Instagram Sufian.





“Sebenarnya saya dah kenal Sufian sejak dua tahun lalu dan ayat romantik itu hanyalah gurauan, bukan betul-betul pun. Memandangkan nama Sufian sedang hangat diperkatakan mengenai isu peribadi (putus tunang), jadi orang mula kaitkan dengan komen saya itu”


“Saya hanya menulis tajuk lagu terbarunya berjudul Di Matamu, lagu tu pun sekarang tengah trending. Jadi jangan salah faham, kami gurau-gurau sahaja,” jelasnya kepada mStar Online.


Namun dalam masa yang sama, Janna menjelaskan bahawa bagi segelintir peminat tegar yang mengenali dirinya, mereka pastinya sudah mengetahui bahawa pelakon wanita ini sememangnya suak bergurau dengan rakan-rakan selebriti. (rtky/s)

No comments:

Post a Comment

Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci