728x90 AdSpace

  • Latest News

    Saturday, 28 April 2018

    Jika Tak Puas Hati, Bawa Ke Mahkamah - SPR





    Mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat semasa proses penamaan calon hari ini dialu-alukan membawa perkara itu ke mahkamah, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.

    Beliau berkata demikian ketika ditanya mengapa Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang, atau lebih dikenali sebagai Tian Chua, diibatalkan kertas pencalonannya di pusat penamaan calon di Batu hari ini.

    "Keputusan yang dibuat dalam masa pencalonan ialah dibuat oleh RO (Pegawai pengurus pilihan raya). Jadi sesiapa sahaja mana-mana calon yang merasai dia perlu membantah dia boleh buat bantahan atau petisyen dan kemukakan di mahkamah nanti.

    "Kalau kita nak soal jawab di sini pun yang berlaku bukan di sini, (berlaku di) tempat mereka.

    "Jadi saya harap supaya bila dibawa ke mahkamah, mahkamahlah yang buat keputusan," kata Mohd Hashim dalam sidang akhbar di ibu pejabat SPR di Putrajaya hari ini.

    Apabila diasak soalan mengapa Tian Chua dibenarkan bertanding pada tahun 2013 walaupun didenda RM2,000 oleh mahkamah pada masa itu, beliau merujuk alasan yang diberikan oleh pegawai pengurus pilihan raya.

    "Kena tengok dari segi peraturan dan undang-undang yang dikenakan kepada dia. Mungkin itu alasan yang dibuat oleh RO.

    "Berapa jumlah denda yang dikenakan ataupun mahkamah putuskan berapa. Mungin tahap itu yang menyebabkan dia hilang kelayakan untuk bertanding," kata beliau.

    Hashim berkata hanya mahkamah dapat memastikan kelayakan Tian Chua untuk bertanding pada PRU14 atau sebaliknya.

    "Kita tak tahu keputusan yang akan dibuat, kita jangan kata dia tak bertanding. Kita tak tahu keputusan yang akan dibuat mahkamah," katanya tanpa menghuraikan lebih lanjut.

    Tian Chua hari ini membuat laporan polis selepas SPR membatalkan kertas pencalonannya.

    Sementara itu, Mohd Hashim turut memberikan jawapan sama ketika ditanya mengapa calon PKR bagi kerusi DUN Rantau di Negeri Sembilan, Dr S Streram, tidak dibenarkan memasuki dewan pencalonan kerana tidak mempunyai pas calon yang dikeluarkan SPR.

    Perkara itu menyebabkan S Streram hilang kelayakan bertanding di kerusi itu sekali gus memberikan kemenangan percuma kepada calon BN, Datuk Seri Mohammad Hassan.


    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Jika Tak Puas Hati, Bawa Ke Mahkamah - SPR Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top