728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday, 10 April 2018

    Hina Islam Di Facebook, Vivian Lee Terlepas Dari Hukuman Penjara




    Bekas teman wanita kepada blogger Alvin Tan, Vivian Lee yang disabitkan dengan pertuduhan menerbitkan satu penerbitan menghasut yang mempersenda agama Islam di laman Facebook mereka, terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Tinggi menggantikan hukuman itu dengan denda RM5,000.


    Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan wanita berkenaan untuk menggantikan hukuman penjara dengan denda dan menolak rayuan pendakwaan untuk memanjangkan tempoh pemenjaraan daripada lima bulan 22 hari kepada penjara setahun.


    Pada 27 Mei 2016, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara lima bulan dan 22 hari terhadap Vivian selepas wanita tersebut didapati bersalah atas pertuduhan itu.


    Vivian, 29, yang diwakili peguam Chong Joo Tian juga berdepan hukuman penjara enam bulan sekiranya dia gagal membayar jumlah denda yang ditetapkan.


    Hakim turut menasihatkan Vivian agar tidak mengulangi kesilapan yang sama pada masa depan dan memberi amaran hukuman lebih serius jika tertuduh melakukan kesilapan sama.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Hina Islam Di Facebook, Vivian Lee Terlepas Dari Hukuman Penjara Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top