Seruan menuntut hak bagi golongan lesbian, biseksual, gay dan transeksual (LGBT) oleh NGO dan aktivis hak asasi manusia ketika himpunan Hari Wanita Sedunia di Kuala Lumpur Khamis lalu, sangat melampau dan keterlaluan.
Presiden Pertubuhan Gabungan Wanita Antarabangsa bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ), Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkata, seruan mereka itu bertentangan dengan nilai agama, nilai budaya di Malaysia dan Perlembagaan Persekutuan, yang meletakkan Islam sebagai agama negara.
Katanya, mereka memperjuangkan hak-hak wanita dibawah acuan feminisme, yang secara dasarnya adalah salah.
“Mereka mengiktiraf transwomen dan lesbian sebagai satu gender dan orientasi seks yang perlu diterima masyarakat. Semua itu bertentangan dengan nilai agama, budaya dan Perlembagaan. Bahkan, ia juga menyalahi fakta sains dan nilai kesihatan serta kesejahteraan,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.
Beliau berkata demikian mengulas sambutan Hari Wanita Sedunia oleh beberapa pertubuhan dan badan hak asasi manusia di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Mereka berkumpul di sekitar Stesen LRT Masjid Jamek bersama pelbagai sepanduk dan poster.
Turut menyertai perhimpunan tersebut adalah aktivis yang dilihat membawa plakad dengan slogan menuntut hak bagi golongan lesbian, biseksual, gay dan transeksual (LGBT).
Beliau yang juga Pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berkata, seruan ke arah penerimaan bentuk gender dan orientasi seks terlarang ini semakin lantang diutarakan.
“Sepatutnya elemen yang bertentangan dengan nilai agama, masyarakat dan Perlembagaan ini dikekang. Walaupun ia bersadurkan hak asasi manusia, seakan membela wanita, tapi bagi jangka masa panjang, ia memusnahkan struktur kekeluargaan dan seterusnya masyarakat,” katanya.
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci