728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday, 7 March 2018

    Pelaburan : Dunia Iktiraf Malaysia Lebih Baik Dari Singapura






    Tindakan pembangkang yang memburukkan negara termasuk kononnya Malaysia akan muflis tidak berjaya, sebaliknya Malaysia telah diiktiraf di kedudukan keenam daripada 20 negara terbaik untuk melabur bagi 2018, melalui satu kaji selidik yang dijalankan oleh firma media dari Amerika Syarikat (AS), US News.

    Hasil kaji selidik itu juga mendapati Malaysia berada di depan Singapura. Ia merupakan sesuatu yang menarik kerana selain dikenali sebagai negara yang mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh, Singapura juga sering dicontohi oleh pembangkang selama ini.

    Memudahkan cerita Pakatan Harapan (PH) terutama DAP sering menjadikan Singapura sebagai paksi mereka dalam membuat perbandingan dengan Malaysia, dalam banyak isu.

    Dalam merangka bajet alternatif pun, banyak yang Kit Siang,Tony Pua dan Liew Chin Tong ciplak dari Singapura. Idea hendak buang kakitangan awam seperti yang dibentang Penang Institute juga ditiru dari kerajaan PAP itu.

    Dalam senarai 20 negara terbaik itu, Malaysia mendahului banyak negara maju lain di dunia termasuk Australia di tempat ke-6 dan Sepanyol di tempat ke-7.

    Firma berkenaan sebelum ini menerbitkan pelbagai kaji selidik dan analisis berkaitan ranking ekonomi dunia. Negara ASEAN yang mengungguli senarai adalah Filipina, yang berada di tempat ke-2 ialah Indonesia. Empat negara serantau melengkapkan senarai lima terbaik dan sebuah negara lagi iaitu di benua Eropah iaitu Poland di tempat ke-3.

    Kaji selidik itu yang dilakukan oleh US News menggunakan beberapa set standard yang perlu dipatuhi berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh Kumpulan Bank Dunia.

    Ada empat faktor yang menjadikan negara itu sebagai lokasi terbaik melabur iaitu persekitaran, hubungan dan rangka kerja. Ia disandarkan kepada individu atau syarikat korporat untuk melabur, berdasarkan sumber asli, pasaran, teknologi atau jenama sesebuah negara.

    US News membuat kaji selidik itu ke atas 21,000 individu dari seluruh dunia mengenai 80 negara, dengan membuat ukuran ke atas 65 ciri-ciri berlainan, termasuk pengaruh budaya, keusahawanan dan kualiti hidup.

    Firma berkenaan memberi tumpuan kepada lapan daripada 65 ciri-ciri berkenaan iaitu keusahawanan, kestabilan ekonomi, persekitaran cukai, inovasi, tenaga kerja mahir, kepakaran teknologi, dinamik dan kadar rasuah.

    Maklum balas daripada responden, yang terdiri daripada pembuat keputusan perniagaan di seluruh dunia, digunakan untuk menentukan ranking berkenaan. Senang cerita hasil kaji selidik US News ini dilakukan mengikut standard tertentu jadi jangan cakap US News dibayar dedak pula.

    Apa yang pasti menerusi kaji selidik ini ialah membuktikan tindakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Mahathir Mohamad yang juga bekas Perdana Menteri yang menggunakan media asing untuk memburukkan Malaysia tidak berjaya.

    Malah fitnah dan serangan yang dilemparkan oleh Sarawak Report terutama mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak berjaya sebaliknya langkah proaktif Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mentadbir negara dengan perancangan yang teliti sebenarnya menjadi tarikan pelabur asing.

    Bukan itu sahaja, kejayaan kerajaan menjimatkan RM2 bilion daripada kos sasaran awal projek MRT fasa pertama laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) daripada RM23 bilion pada 15 Disember 2016 juga membuka mata pelabur untuk menjalankan perniagaan di negara ini.

    Ketika pembentangan Bajet 2018 pada Oktober tahun lepas Najib juga memaklumkan bahawa projek MRT3 atau Circle Line akan disiapkan pada tahun 2025, lebih awal dari jangkaan iaitu pada tahun 2027. MRT Circle adalah di bawah inisiatif MRT Lembah Klang akan menambah naik rangkaian hubungan dengan semua rangkaian rel sedia ada.

    Semalam, SPAD merangka kajian untuk membina tram pula di Kajang, Bangi, Putrajaya dan Cyberjaya. Bila dapat berjimat RM2 billion dari MRT, RM20 billion dari perjanjian berat sebelah IPP, banyak benda boleh dibuat kepada rakyat.

    Selain itu, kerajaan juga menunaikan janji kepada rakyat dengan mewujudkan perumahan mampu milik, bantuan BR1M untuk kumpulan rakyat kurang berkemampuan dan juga pelbagai subsidi demi kepentingan rakyat.

    Bukan seperti kerajaan negeri yang ditadbir oleh pembangkang seperti Selangor yang sanggup membatalkan projek rumah mampu milik untuk rakyat tanpa sebarang sebab yang munasabah. Sebahagian besar janji yang dibuat oleh pakatan pun tidak mampu ditunaikan hanya untuk raih undi sahaja.

    Keyakinan pelabur terhadap Malaysia membuktikan apa yang Datuk Seri Najib lakukan sekarang terhadap ekonomi Malaysia adalah berada di landasan yang betul. Yang tidak betul adalah tindakan pembangkang mensabotaj ekonomi negara.


    Tulisan :
    Beruang Biru
    BB808, Rabu
    7 Februari 2018

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Pelaburan : Dunia Iktiraf Malaysia Lebih Baik Dari Singapura Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top