OPS GEGAR RUMAH URUT KESAN PENYALAHGUNAAN PAS RESIDEN
Maklumat awam dari aduan yang diperolehi adalah tentang kebimbangan kaum ibu apabila ahli keluarga sama ada suami atau anak-anak mereka sering berkunjung ke tempat-tempat maksiat hingga mendatangkan masalah kepada keluarga. Hasil risikan awal oleh Imigresen mendapati premis ini menawarkan pakej urutan dan juga tawaran perkhidmatan sampingan ‘urutan batin’ dengan harga tertentu.
Hasil pemeriksaan di kedua-dua premis tersebut telah berjaya menahan seramai 10 wanita warganegara China. Pemeriksaan juga mendapati mereka menawarkan pakej urutan badan bersama urutan batin dengan harga dari rm100 hingga RM150.
Turut ditahan 02 orang lelaki warganegara Malaysia yang merupakan penyelia bagi premis pusat urut tersebut untuk tujuan siasatan lanjut.
Selain itu, turut dirampas semasa serbuan antaranya dokumen dan lesen premis warga tempatan tetapi hakikatnya membiarkan warga asing ini sendiri menjalankan dan menguruskan perniagaan. Gadget-gadget yang mengandungi tutorial cara-cara urutan termasuklah urutan batin yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan pelanggan itu sendiri jika bukan dilakukan oleh individu-individu yang dilatih dan pakar dalam bidang ini.
Pemeriksaan juga mendapati kebanyakan wanita warganegara China yang ditahan mempunyai Pas Residen dan juga Pas Isteri Kepada Warganegara tetapi bekerja di pusat-pusat urut. Pas-pas tersebut dimohon sebagai kemudahan untuk tujuan bekerja di negara ini dan mengaut keuntungan yang lumayan.
Merujuk kepada kes penahanan sindiket pemalsuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan juga Pas Residen dua minggu lalu oleh pihak JIM mendapati kebanyakan warganegara asing sanggup membayar berpuluh ribu kepada agen-agen haram untuk mendapatkan pas-pas seperti Pas Residen, Pas Isteri Kepada Warganegara dan sebagainya. Kemudahan-kemudahan tersebut disalahgunakan oleh wanita-wanita ini dengan memberikan butiran palsu semasa menghantar permohonan mendapatkan pas-pas sebegini untuk menjalankan akitiviti-aktiviti tidak bermoral.
Hasil siasatan awal juga mendapati wanita-wanita ini membayar kepada lelaki warganegara Malaysia dan berkahwin dengan mereka bagi tujuan mendapatkan pas untuk berada dan bekerja di Malaysia akan tetapi tidak tinggal bersama. Mereka hanya berjumpa dengan lelaki yang mereka berkahwin setahun sekali untuk tujuan lanjutan pas.
Antara kesalahan yang disyaki ialah melanggar syarat pas dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen. Kesemua tahanan ini akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Putrajaya untuk siasatan dan tindakan susulan. Siasatan dilakukan atas kesalahan mengikut, Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
JIM juga menyeru agar orang ramai tampil ke hadapan dan menyalurkan maklumat kepada Imigresen sekiranya mempercayai terdapat aktiviti-aktiviti menyalahi undang-undang di kawasan persekitaran mereka bagi memastikan gejala tidak bermoral dan aktiviti dapat dibanteras. Selain itu, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga digesa supaya memantau premis-premis yang beroperasi di kawasan seliaan mereka supaya rantaian kesalahan ini dapat diputuskan.
#TAMAT#
DATO’ SERI HAJI MUSTAFAR BIN HAJI ALI
KETUA PENGARAH IMIGRESEN
MALAYSIA
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci