Saturday, 17 March 2018

Contohi Malaysia, Indonesia Serius Mahu Hapus "Fake News"




Indonesia berusaha menangkis gelombang berita palsu dan ucapan kebencian di media sosial menjelang pilihan raya Presiden tahun depan.

Tindakan tersebut dilakukan berikutan wujud kebimbangan berita palsu boleh mencetuskan pergaduhan antara masyarakat dan agama di negara majoriti muslim terbesar dunia itu.

Polis dilaporkan berjaya membongkar keahlian Tentera Siber Islam (MCA) iaitu sebuah kumpulan yang dikaitkan dengan tuduhan menggunakan Facebook, Instagram dan Twitter bagi menyerang kerajaan dan mencetuskan ekstremisme agama.

Dua kumpulan berprofil tinggi menyebarkan berita palsu mendakwa berpuluh-puluh ulama Islam diserang oleh pihak berhaluan kiri dan parti komunis yang diharamkan di Indonesia, menurut polis.

Ketua Hal Ehwal Sosial Polis Indonesia, Gatot Eddy Pramono berkata, kumpulan itu mahu menjejaskan kerajaan dan mencipta konflik sosial.

Walaupun pernah berdepan kempen memburuk-burukkan Presiden Joko Widodo ketika pemilihan Presiden pada tahun 2014, kawalan ketat pihak berkuasa menunjukkan bahawa serangan lebih buruk bakal berlaku pada kempen akan datang.

Indonesia akan mengadakan pemilihan tempatan pada Jun ini sebelum menjelang pili­han raya Presiden pada 2019.

Bulan lalu, Kementerian Komunikasi mengumumkan akan menggunakan perisian baharu bagi mengenal pasti laman web berita palsu.

Kira-kira 130 juta rakyat Indonesia iaitu separuh daripada populasi, menghabiskan masa selama tiga jam setengah setiap sehari untuk melayari media sosial, salah satu kadar tertinggi di dunia, menurut data agensi yang berpangkalan di London, We Are Social dan platform pengurusan media sosial, Hootsuite.

“Kebanyakan rakyat Indonesia mungkin tidak tahu menilai berita apa yang palsu atau bohong,” kata pengarah jabatan media pertubuhan Nahdlatul Ulama, Savic Ali.

No comments:

Post a Comment

Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci