Seorang wanita Perancis, suspek yang disenarai hitam Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana merekrut anggota untuk kumpulan militan Daesh, ditahan tentera Kurdish di Syria.
Ibunya memberitahu akhbar Ouest-France, Emilie Koenig, 33, ditahan di kem Kurdish dan sedang disoal-siasat, selain diseksa.
Anak kepada anggota polis Perancis itu dikatakan memasuki Syria pada 2014 dan melahirkan tiga anak di negara itu.
Dia berada di dalam senarai PBB sebagai anggota militan paling berbahaya dan setahun kemudian Amerika Syarikat turut menyenaraikannya sebagai pengganas.
Koenig memeluk Islam selepas mengahwini suami pertamanya, lelaki rakyat Algeria yang kemudian ditangkap kerana mengedar dadah.
Beliau kemudian belajar bahasa Arab dan menukar namanya kepada Samra serta memakai tudung.
Dia pergi ke Syria bersama pasangan baharunya yang kemudiannya terbunuh.
Menurut ibunya lagi, Koenig mahu kembali ke Perancis untuk memohon maaf kepadanya, keluarga, rakan dan negara. – AFP/BH ONLINE
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci