728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday 24 January 2018

    Pemuda Bertuala Selamatkan Diri Ketika Gempa Tular





    Video dan gambar seorang pemuda berusia 20-an yang hanya bertuala dan memegang berus gigi ketika kejadian gempa bumi berlaku di Jakarta semalam, tular di media sosial di Indonesia.
    Menerusi video itu, pemuda berkenaan memaklumkan dia berada di dalam bilik air sebelum terasa gegaran dan bertindak keluar dari apartmennya.

    Video dan gambar pemuda yang tidak diketahui identiti dan lokasinya itu mendapat komen lucu daripada warga netizen.

    Selain itu, turut tular di media sosial menerusi pemilik akaun Twitter bernama ‘Maina’, ialah seorang wanita yang menyelamatkan diri dengan alat solek masih di tangan kerana dia sedang bersolek ketika kejadian gempa itu berlaku.

    Sebenarnya, majoriti warga kota Jakarta tidaklah terlalu panik atau terburu-buru keluar dari bangunan apabila gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter berlaku pukul 1.34 tengah hari semalam di Lebak Banten, kira-kira 153 kilometer dari Jakarta.



    Ini kerana kebanyakan mereka dan pihak media semakin matang dalam menangani kejadian gempa bumi yang sering terjadi di negara yang terletak di Lingkaran Api Pasifik itu.

    Di Wisma Antara di Jakarta Pusat misalnya, warga kerja di wisma itu tertib melakukan langkah menyelamatkan diri dengan menuruni tangga.

    Pihak pengurusan keselamatan juga membuat pengumuman meminta orang ramai meninggalkan bangunan, selain siren di bangunan dan pusat membeli-belah di Jakarta turut dibunyikan.

    Warga kota Jakarta dilihat berkumpul di luar bangunan, di jalan jalan raya dan pemandu kenderaan juga memberhentikan kenderaan masing-masing.

    Media dalam talian, stesen-stesen televisyen dan radio juga sentiasa mengungkapkan doa agar kejadian itu tidak mendatangkan bencana besar, berbanding media dari luar yang lebih memfokuskan warga Jakarta panik menyelamatkan diri.

    Media-media di Indonesia juga memuatkan artikel berkaitan perkara yang perlu dilakukan apabila berlaku gempa bumi ketika berada di rumah, bangunan atau kawasan lapang.

    Menurut agensi berita Antara setakat ini, dilaporkan lebih 300 rumah dan bangunan rosak teruk terutamanya di Lebak Banten, Pandeglansatu, Bogor, Cianjur dan Sukabumi.

    Pihak pemerintah di Indonesia juga masih mengenal pasti jumlah kerosakan dan kerugian akibat bencana itu. – BERNAMA




    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Pemuda Bertuala Selamatkan Diri Ketika Gempa Tular Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top