728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday 3 January 2018

    Pelajar Terkejut Dapat Tahu Profesor Pernah Belakon Filem Lucah Gay




    PENUNTUT di sebuah universiti di Itali terkejut apabila mendapati profesor yang mengajar matematik di situ rupa-rupanya pernah menjadi pelakon filem lucah untuk gay.

    Ruggero Freddi, sebelum ini dikenali sebagai Carlos Masi dalam filem lucah lakonannya, mengajar di La Sapienza University, di Rome.

    Kisah silamnya itu terbongkar selepas pelajar di universiti terbabit melihat gambar lucahnya di dalam Facebook.

    Namun Freddi berkata, dia tidak sedih walaupun sejarah silamnya itu didedahkan sebaliknya dia bekerja dalam industri tersebut untuk mencari wang.

    Dia telah berhijrah ke Amerika Syarikat ketika berlakon dalam industri filem lucah dan pernah berlakon dalam filem bertajuk `Big N Plenty’ dan ‘Man Country’.

    “Ada pelajar yang memuatnaik semula gambar itu dan dari situ kehidupan silam saya telah terdedah. Sejujurnya ia bukan satu rahsia,” katanya.

    Freddi kembali semula ke Itali pada 2013 dan mendapat master dalam bidang matematik iaitu tambahan kepada ijazah dalam bidang kejuruteraan komputer. – Agensi


    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Pelajar Terkejut Dapat Tahu Profesor Pernah Belakon Filem Lucah Gay Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top