Sejak beberapa hari lalu pengguna laman sosial Twitter kecoh mengenai perkahwinan sejenis seorang lelaki yang didakwa rakyat Malaysia melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya secara sah di Australia, pada minggu lalu.
Kemaskini dimuat naik seorang pengguna Twitter bernama Amrl Hfz (@mirulhafez) mendakwa pemuda Melayu terbabit telah lupa diri dan ‘hanyut’ sejak tinggal di luar negara dan mendirikan rumah tangga dengan pasangan songsangnya, sehingga kini mendapat ‘retweet’ lebih 9,400 pengguna laman sosial tersebut.
"Buat teladan masing-masing jela eh. Anak Melayu ni bro, tapi last-last hanyut bila dah stay oversea. Sayang betul," tulis Amirul Hafez di entrinya, pada 18 Januari lalu.
Dia turut memuat naik beberapa keping gambar memaparkan pemuda Melayu terbabit memakai baju Melayu, bergambar di Arab Saudi dan semasa majlis perkahwinan pasangan ‘suami isteri’ terbabit – yang berlangsung bertemakan ala koboi.
Pelbagai reaksi diluahkan oleh netizen, yang rata-rata terkejut dengan perkahwinan tersebut. Bagaimanapun, mereka hanya mendakwa pemuda itu adalah warganegara Malaysia, namun tidak dapat mengesahkan berasal dari negeri mana.
Ada dalam kalangan netizen mendakwa mengenali lelaki terbabit dan pernah ‘berjiran’ dengannya, walau bagaimanapun tidak menjelaskan lokasi tersebut – sekaligus meninggalkan tanda tanya mengenai kesahihan bahawa pemuda terbabit dari Malaysia.
Sebuah portal Northern Territory News melaporkan pasangan gay terbabit dikenali sebagai Afham Janil dan Keith Edwards, dan mereka merupakan pasangan sejenis pertama yang meraikan perkahwinan di Australia.
Difahamkan, perkahwinan pasangan terbabit diadakan di Darwin dan dihadiri oleh kenalan rapat.
Menurut Edwards, dia mula berkenalan dengan Afham sejak tiga tahun lalu dan mengikat tali pertunangan selama tiga bulan sebelum mereka memutuskan untuk berkahwin secara sah.
Katanya, dia berapa “lega” dapat berkongsi hidup bersama suaminya, Afham.
“Ia tidak memberi apa-apa perbezaan dalam hubungan kita, tetapi ia adalah baik untuk mengesahkan mengenai apa yang kita rasa antara satu sama lain.
“Tetapi kami tidak berfikir untuk berkahwin kerana ia tidak jelas bahawa anda boleh berbuat demikian (perkahwinan sejenis),” katanya memetik portal berita tersebut.
Portal berita tersebut juga tidak menjelaskan secara lanjut mengenai kewarganegaraan kedua-dua lelaki terbabit, namun memaklumkan pasangan itu ‘bahagia’ kerana segalanya berjalan lancar dan tidak menerima reaksi negatif daripada masyarakat setempat.
“Kami berjalan sekitar Darwin, berpegang tangan, berpelukan dan tiada sesiapa yang bercakap apa-apa negatif. Tapi kamu masih berasa bahawa mungkin itu kamu tidak perlu berbuat demikian (berpelukan),” katanya.
Sementara Afham berkata perancangan untuk berkahwin dengan pasangannya hanya dilakukan dalam masa beberapa hari sahaja.
“Kami gementar pada awalnya... kami hanya menguruskan (perancangan kahwin) dalam masa tiga atau empat hari,” katanya.
Pasangan itu menghantar borang dan menunggu notis selama 30 hari sebelum melangsungkan perkahwinan dalam suasana yang “sederhana”.
- mD
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci