Arab Saudi mengumumkan kenaikan harga petrol di antara 80 hingga 126 peratus.
Semalam agensi berita tempatan, SPA melaporkan, susulan pengumuman tersebut, minyak RON91 kini dijual pada harga 1.37 riyal (RM1.48) seliter, berbanding 0.75 riyal (RM0.81) sebelum ini.
Selain itu, RON95 pula dijual pada harga 2.04 riyal (RM2.21) seliter, berbanding 0.90 riyal (RM0.98) sebelum ini.
Tambah agensi berkenaan, langkah terbabit diambil bagi merangsang sumber pendapatan negara itu daripada hanya bergantung kepada hasil minyak sahaja.
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci