Ramai yakin tindakan Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang yang menyatakan hasrat untuk menjawat jawatan Perdana Menteri sekiranya pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), bakal membawa kehancuran kepada negara.
Perkara ini turut diluahkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, yang mengatakan pemimpin tersebut tidak boleh dipercayai kerana lebih mengutamakan agenda peribadi dan mengejar kuasa.
Menurutnya, ia sudah menjadi agenda kepada Kit Siang sejak berhasrat untuk menggulingkan kerajaan demi mendapatkan kuasa.
Tambahnya lagi, Kit Siang pemimpin yang tidak mempunyai nilai serta prinsip perjuangan, malah setiap perjuangan lebih kepada peribadi dan kuasa.
“Beliau (Kit Siang) telah mempergunakan PAS dalam usah menarik sokong orang Melayu terhadap DAP, namum apabila PAS enggan menurut perintahnya pelbagai tomohan diperkatakan terhadap parti itu.
“Kini beliau beralih arah terhadap Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dengan memperkudakan Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya yang juga Menteri Pengangkutan.
Tiong Lai berkata, ini membuktikan mereka yang mempunyai kepentingan peribadinya sahaja sanggup menggadai prinsip dan visi partinya yang sering berubah-ubah.
Selaian itu katanya, Kit Siang juga cukup pandai memanipulasi keadaan dan membuat pusingan-U mengikut kepentingannya saja.
"Saya yakin hasrat Kit Siang menjadi pemimpin utama negara sekiranya pembangkang memenangi PRU14 hanya akan membawa perpecahan dan kemusnahan kepada masyarakat dan negara," katanya.
Baru-baru ini, Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, menyatakan rakyat perlu menolak pemimpin DAP yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri kerana ia bukan sahaja bercanggah dengan ketetapan Islam sebagai agama Persekutuan, dan kegagalan parti itu menjadi kerajaan bersih.
Malah Bekas Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Jawi, Tan Beng Huat, mendakwa terdapat 'cakap-cakap' di dalam DAP mengatakan Kit Siang mahu menjadi Perdana Menteri, walaupun beliau menafikan berniat demikian.
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci