728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday, 20 December 2017

    Logo Baharu Blog Najib Razak Ada Makna Tersirat



    Perdana Menteri memperkenalkan logo baharu blog beliau mencerminkan lima prinsip pentadbiran kerajaan yang berfungsi sebagai penunjuk arah kepada kejayaan sejak 2009.

    Datuk Seri Najib Tun Razak berkata lima prinsip itu adalah ekonomi, global, berwawasan, rakyat di hati dan penyampaian.

    “Antara langkah pertama yang saya lakukan sebagai Perdana Menteri adalah memperkenalkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) bagi memacu transformasi dan pertumbuhan ekonomi negara.

    “Semenjak itu, ekonomi Malaysia melangkah tapak demi tapak lebih kukuh, dan kita berjaya mengharungi ketidakstabilan ekonomi dunia hasil perancangan teliti kerajaan dan kesanggupan kita melaksanakan apa yang perlu dan bukan apa yang popular,” katanya menerusi blog NajibRazak.com pada Selasa.

    Mengenai prinsip global, Datuk Seri Najib berkata Malaysia berterusan mempunyai pengaruh yang kuat di persada antarabangsa menerusi dasar dan pendekatan yang dilaksanakan.

    Antara lain, Malaysia berjaya dipilih sebagai Anggota Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi tempoh 2015 hingga 2016, memainkan peranan penting dalam isu kemanusiaan global seperti isu Rohingya dan Palestin selain terus menjalinkan hubungan baik dengan hampir kesemua negara di dunia.

    “Hasil daripada hubungan baik ini, kita berjaya meningkatkan pelaburan asing ke Malaysia, menambah kuota haji, dan bermacam-macam lagi,” kata beliau.

    Bagi prinsip ketiga iaitu berwawasan, perdana menteri berkata para pemimpin negara sentiasa perlu memikirkan dan melaksanakan yang terbaik bukan sahaja ketika mengetuai negara, tetapi lebih daripada itu, untuk generasi dan waris negara di masa hadapan.

    “Lantas, kita memperkenalkan Transformasi Nasional 2050 (TN50) untuk kita merencana bukan sahaja apa yang perlu dilakukan, tetapi juga bagi mendengar aspirasi dan harapan rakyat mengenai masa depan Malaysia yang kita cintai ini,” kata beliau.

    Mengenai prinsip rakyat di hati pula, Najib berkata beliau sering menekankan bahawa segala yang dilakukan perlulah mengambil kira kepentingan rakyat.

    “Rakyat perlu sentiasa didahulukan. Program Transformasi Kerajaan diperkenalkan berdasarkan kepada hasrat dan keinginan rakyat,” katanya.

    Perdana Menteri turut menarik perhatian bahawa segala yang dirancangkan oleh kerajaan, ia perlulah disertai dengan ‘delivery’ atau penyampaiannya.

    “Insya-Allah, saya, kabinet dan Kerajaan Barisan Nasional akan terus berpegang kepada lima Prinsip ini untuk terus memimpin Malaysia ke arah mencapai bukan sahaja impian dan cita-cita, tetapi untuk masa depan yang lebih gemilang dan cemerlang buat rakyat Malaysia kesemuanya,” kata Najib.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Logo Baharu Blog Najib Razak Ada Makna Tersirat Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top