Saturday, 30 December 2017

Israel 'Sogok' Negara Miskin & Lemah




Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu didakwa sedang menyediakan dana berjumlah AS$50 juta (RM203.37 juta) sebagai ‘wang sogokan’ kepada negara-negara miskin dalam usaha untuk me­raih sokongan diplomatik untuk menguasai Baitulmuqaddis.

Dana berkenaan akan digu­nakan untuk pelaksanaan projek-projek pembangunan di ne­gara-negara berkenaan yang ke­mudiannya disasar memberi sokongan diplomatik kepada negara Yahudi itu.

Tindakan Israel yang dilapor­kan oleh Channel 2 dan media tempatan lain, sekiranya di­sahkan diambil selepas hanya se­minggu Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menerima sokongan yang besar daripada 128 buah negara untuk menolak cadangan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel dalam usul yang dibawa oleh Turki dan Ye­men, lapor AlJazeera.

Dalam pengundian di PBB itu, hanya lapan buah negara bersama-sama Israel menyokong cadangan AS manakala 35 memilih untuk berke­cuali.

Israel dilihat me­nyasarkan untuk menjalin hubungan baik dengan beberapa buah negara Afrika dalam tempoh beberapa tahun ini.

Langkah itu diambil hasil lawatan Netanyahu ke Afrika Timur sepanjang tahun lepas dan bahagian barat benua itu awal tahun ini.

Pada bulan Julai lalu, pe­mimpin tersebut ju­ga pernah memuji Afrika dengan berkata: “Saya percaya Afrika mempunyai potensi untuk masa kini dan masa depan. Benua ini sedang membangun.”

Ketika ini juga, beberapa buah negara Afrika termasuk Kenya dan Ethiopia dilaporkan telah mula menjalin hubungan diplomatik dengan Tel Aviv secara lebih rapat.

No comments:

Post a Comment

Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci