Monday, 18 December 2017
Bahrain, Malaysia Sasar Hubungan Yang Lebih Teguh - News of Bahrain
Tulisan asal oleh:
Dt News, News of Bahrain, 17 Disember 2017
Manama: Bahrain komited untuk memperkukuhkan hubungannya dengan Malaysia dengan meningkatkan pelaburan dan perdagangan dua hala dalam pelbagai sektor, kata Yang Mulia Putera Salman bin Hamad Al Khalifa, Putera Mahkota, Timbalan Komandan Tertinggi dan Timbalan Perdana Menteri Pertama.
Putera Salman, semasa pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia, Mohammad Najib Abdul Razak, di Istana Gudaibiya, juga menekankan pentingnya sektor swasta dalam meningkatkan hubungan dua hala.
"Pencapaian ekonomi Malaysia adalah luar biasa, begitu juga peranan yang dimainkannya dalam menyokong keselamatan di rantau ini terutamanya melalui penyertaannya dalam Islamic Military Counter Terrorism Coalition," kata YM Putera Salman sambil menggariskan komitmen Kerajaan Bahrain untuk melibatkan diri dalam kerjasama yang saling menguntungkan.
YM Putera Mahkota juga menekankan pentingnya meningkatkan kunjungan rasmi antara kedua negara itu untuk meningkatkan perlaburan dan perdagangan dua hala.
Semasa pertemuan itu, YM mengalu-alukan perkembangan hubungan antara Bahrain dan Malaysia, disokong oleh DYMM Raja Hamad bin Isa Al Khalifa.
Najib Razak melahirkan penghargaannya atas peluang bertemu dengan YM Putera Mahkota dan memuji komitmen Kerajaan Bahrain untuk memajukan hubungan dua hala.
YM Putera Mahkota dan Perdana Menteri Malaysia mengkaji pelbagai inisiatif dua hala dan cara untuk membangunkan hubungan dalam pelbagai sektor.
Pertemuan itu juga memberi peluang untuk membincangkan perkembangan semasa serantau dan antarabangsa dan isu kepentingan bersama.
YM Putera Mahkota juga mengadakan majlis makan tengah hari untuk menghormati lawatan Najib Razak ke Bahrain.
Terdahulu, Perdana Menteri Malaysia melawat Lembaga Pembangunan Ekonomi (EDB) dan membincangkan cara untuk meningkatkan hubungan perdagangan dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Shaikh Khalid bin Abdulla Al Khalifa dan pegawai-pegawai EDB.
Semasa lawatan tersebut, Perdana Menteri Malaysia telah dimaklumkan mengenai rancangan dan rancangan strategik EDB.
Ketua Pegawai Eksekutif EDB, Khalid Al-Rumaihi, memberi penerangan tentang peranan EDB dalam mengukuhkan dan menyokong dasar-dasar ekonomi kerajaan, di bawah kepimpinan DYMM Raja Hamad bin Isa Al Khalifa, dan usaha untuk mempelbagaikan ekonomi Kerajaan itu.
Merujuk kepada rancangan dan strategi EDB untuk membangunkan pelbagai sektor ekonomi, Al-Rumaihi menekankan keupayaan EDB untuk meningkatkan usaha dalam fasa semasa untuk menyatukan pelaburan dalam perkhidmatan kewangan, maklumat dan komunikasi, logistik, pembuatan dan pelancongan.
Ketua EDB menekankan bahawa ada unjuran positif untuk meningkatkan hubungan ekonomi dengan Malaysia, memandangkan ekonomi kedua-dua negara yang berkembang pesat, dan status unggul di peringkat antarabangsa dalam sektor perbankan Islam.
Al Rumaihi juga menegaskan kesungguhan EDB untuk mengukuhkan kerjasama pelaburan dengan Malaysia dengan menekankan pengalaman dan graviti ekonomi negara itu dalam Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN).
Perdana Menteri Malaysia menyatakan kegembiraannya dalam melawat EDB dan kerana dimaklumkan mengenai pengalamannya dalam mempromosikan unjuran ekonomi Bahrain yang positif itu.
Link asal artikel:
http://www.newsofbahrain.com/viewNews.php?ppId=40406&TYPE=Posts&pid=21&MNU=2&SUB=1
No comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci