Seorang wanita yang dikenali sebagai Milo Moire telah diberkas oleh pihak polis setelah beliau membenarkan orang ramai menyentuh payudara dan kemaluannya.
Milo yang merupakan seorang seniman jalanan itu mengembara seluruh Eropah untuk memperkenalkan projek terbaru beliau yang diberikan nama Kotak Kaca.
Menerusi bukaan yang terdapat pada Kotak Kaca ini, orang ramai berpeluang untuk menyentuh dan memegang kedua-dua payudara dan kemaluan Milo.
Bagi memastikan projek terbaru beliau itu mematuhi undang-undag tempatan, Milo memastikan sukarelawan yang terlibat berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan mereka hanya dibenarkan untuk memegang kedua-dua bahagian ini selama 30 saat sahaja.
Sebuah kamera telah dipasang pada kedua-dua kotak ini bagi merakamkan segala aktiviti bagi tujuan pemantauan dan promosi.
Menurut Milo, pihak polis pernah memberikan beliau beberapa buah amaran sebelum ini, sehinggalah Milo diberkas oleh pihak polis baru-baru ini kerana tidak mengendahkan amaran mereka dengan terus menjalankan promosi projek Kotak Kacanya itu.
No comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci