728x90 AdSpace

  • Latest News

    Friday, 3 November 2017

    Suu Kyi Akhirnya Melawat Rakhine



    Pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi semalam me­lawat beberapa kawasan etnik Rohingya buat pertama kali sejak beratus ribu penduduk di negeri Rakhine itu me­larikan diri akibat operasi pembersihan etnik yang dilancarkan oleh tentera.

    Seorang wartawan Reuters berkata, Suu Kyi dilihat menaiki sebuah helikopter tentera dengan kawalan keselamatan ketat ketika tiba di ibu kota negeri Rakhine di sini sekitar pukul 9 pagi (waktu tempatan).

    Jurucakap Suu Kyi, Zaw Htay berkata, beliau melawat daerah Maungdaw yang menyaksikan penghijrahan etnik Rohingya secara besar-besaran.

    “Beliau ke Maungdaw dan saya tidak boleh memberi butiran lanjut,” katanya.

    Lebih 600,000 etnik Rohingya terpaksa me­larikan diri daripada keganasan tentera Myanmar menyebabkan mereka mencari perlindungan ke Bangladesh sejak Ogos lalu.

    Sebilangan mereka menaiki bot yang sarat, manakala sebilangan lain membuat rakit atau berjalan di tebing sungai dengan membawa anak kecil dan orang tua.

    Suu Kyi yang merupakan pemenang anugerah Nobel Keamanan berdepan kritikan hebat antarabangsa kerana tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap apa yang dikatakan oleh PBB sebagai pembersihan etnik oleh tentera. – Reuters


    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Suu Kyi Akhirnya Melawat Rakhine Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top