728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday 21 November 2017

    Peniaga Sengaja Naikkan Harga Ikan Dan Sayur Sehingga 300 Peratus



    Jika dahulu ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan antara barang mentah yang dijual pada harga murah serta menjadi makanan untuk golongan marhean. Tetapi, kini harga barang mentah ini sudah semakin mahal malah lebih mahal berbanding harga ayam.

    Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) melaporkan harga sayur, buah-buahan dan ikan telah meningkat sehingga 300 peratus dalam tempoh seminggu. Jumlah peningkatan 300 peratus itu disifatkan sangat tidak munasabah.

    Jumlah harga ini meningkat kerana peniaga sengaja menaikkan harga ikan dan sayur. CAP meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan mengambil langkah segera untuk menurunkan harga barang mentah itu.

    Presiden CAP, S.M Mohamed Idris turut melaporkan pada 15 November lalu harga barang mentah itu naik kerana faktor kekurangan dan berikutan musim hujan sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

    Menurutnya, harga kacang bendi meningkat 100 peratus daripada RM6 sekilogram kepada RM12; kacang panjang meningkat 65 peratus daripada RM3.60 kepada RM6; sayur sawi daripada RM3.50 kepada RM6; kacang (RM3.50 kepada RM6); terung (RM1.80 kepada RM4.50); tomato (RM3.50 kepada RM5); daun bawang (RM3 kepada RM12) dan daun sup (RM3 kepada RM11).

    “Memandangkan berlakunya kekurangan sewaktu musim hujan, Malaysia perlu menghentikan eksport ikan dan sayuran ke negara lain dan ia perlu terus diharamkan untuk memenuhi permintaan tempatan sehingga musim hujan berakhir,” katanya.

    Perkara ini sedikit sebanyak memberi kesan pada golongan yang berpendapatan rendah yang menjadikan barang mentah itu sebagai sebahagian dari makanan harian mereka.

    Sepatutnya peningkatan harga barang mentah ikan, sayur, dan buah-buahan tidak boleh dinaikkan sehingga 300 peratus. Jika ada antara peniaga yang menaikkan harga barang mentah 300 peratus, sebagai pengguna anda boleh melaporkan pada pihak KPDNKK untuk menyiasat. – utaranews

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Peniaga Sengaja Naikkan Harga Ikan Dan Sayur Sehingga 300 Peratus Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top