Parti pemerintah Zimbabwe, Zanu-PF bersedia untuk memulakan prosiding siasatan terhadap Presiden Robert Mugabe atas pelbagai dakwaan termasuk membenarkan isterinya “merebut kuasa Perlembagaan”.
Usul itu kini dikemukakan kepada Parlimen pada hari Selasa.
Anggota kanan parti itu, Paul Mangwana berkata, proses itu
boleh mengambil masa dua hari untuk diselesaikan. Dan, Presiden Mugabe boleh
disingkirkan pada hari Rabu.
Parti Zanu-PF telah meluluskan peletakan jawatan Mugabe pada
hari Isnin.
Dalam kenyataan berasingan, pemimpin tentera mengatakan
mereka telah merancang “pelan” untuk masa depan Mugabe.
Manakala bekas naib presiden yang digulingkan, Emmerson
Mnangagwa, akan kembali ke negara tidak lama lagi.
Grace Mugabe dan Mnangagwa kedua-duanya dilihat sebagai
pengganti presiden Zimbabwe.
Tetapi pada awal bulan ini, Mugabe telah menyingkirkan
timbalannya – dilihat memberi peluang kepada Grace untuk menggantikannya –
mencetuskan campur tangan tentera.
Jeneral tentera berkata, Mugabe dan bekas timbalannya telah
berhubung dan akan mengadakan perbincangan secara langsung dalam masa terdekat.
Perlembagaan Zimbabwe membenarkan pendakwaan atas alasan
“salah laku serius”, “pelanggaran” perlembagaan atau “kegagalan untuk mematuhi,
menegakkan atau mempertahankan” atau “ketidakupayaan”.
Pertuduhan utama terhadap Mugabe ialah membenarkan isterinya
untuk ‘merampas kuasa Perlembagaan’ yang mana dia tidak ada hak untuk
memerintah kerajaan.
Grace didakwa menghina penjawat awam dan naib presiden di
perhimpunan awam.
Mangwana menambah, Mugabe dan Grace menafikan kuasa tentera
– antara pertuduhan yang akan dikenakan ke atas mereka.
“Mugabe sudah terlalu tua, tidak
ada keupayaan fizikal untuk memerintah kerajaan. Dia degil, dia sepatutnya
boleh mendengar suara rakyat tetapi dia memilih tidak mahu mendengar,” kata
Mangwana. – MG
No comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci