728x90 AdSpace

  • Latest News

    Thursday, 9 November 2017

    Mira Filzah Bidas Dakwaan Pakai Baju Nampak Warna Kulit



    Baru-baru ini, pelakon Mira Filzah menerima kecaman netizen gara-gara pakaian digayakannya ketika menghadiri majlis Anugerah Skrin 2017 (ASK 2017) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada Jumaat lalu.

    Pakaian rekaan pereka Syamil Fazwan yang digayakannya itu didakwa menyerlahkan warna kulit dan kurang sesuai buat gadis bertudung sepertinya.

    Memetik laporan Harian Metro, pelakon drama Cinta Si Wedding Planner ini bagaimanapun berkata dia tidak berkecil hati dengan kritikan tersebut sebaliknya dia faham sebagai selebriti apa saja yang dipersembahkan di hadapan masyarakat pasti akan menjadi perhatian.

    "Mereka akan berminat untuk memberi komen. Cuma, apabila komen itu lebih ke arah kecaman dan negatif, saya tidak mahu ambil pusing.

    "Apatah lagi hendak berasa kecil hati kerana saya sedar zaman sekarang memang netizen sangat aktif memberi komen di laman sosial," katanya.

    Pakaian yang digayakan Mira Filzah di malam ASK 2017 yang lalu.Pakaian yang digayakan Mira Filzah di malam ASK 2017 yang lalu.


    Dalam pada itu gadis berusia 24 tahun ini menegaskan pakaian yang digayakan itu bersesuaian dengan imejnya sebagai seorang yang bertudung.

    "Saya ingin menjelaskan warna sebenar baju itu adalah kuning gelap dan tidak mengikut langsung warna kulit saya seperti didakwa.

    "Malah, baju itu juga saya gayakan dengan palazo dan tudung pun masih dipakai labuh menutup bahagian dada," katanya.



    Mira berkata, selepas ini dia akan lebih berhati-hati dalam pemilihan warna untuk rekaan pakaiannya untuk digayakan pada mana-mana majlis anugerah.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Mira Filzah Bidas Dakwaan Pakai Baju Nampak Warna Kulit Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top