Wednesday, 22 November 2017

Keperluan Tauliah Akan Mengganggu Kemajuan Sosial – Sheriff Kassim




Salah seorang ahli pengasas kumpulan G25, Sheriff Kassim mendakwa, negara akan berada dalam keadaan yang genting sekiranya perundangan Islam berjaya merampas kedudukan Perlembagaan Persekutuan, lapor Free Malaysia Today.


Menyentuh mengenai penahanan penulis dan wartawan dari Turki Mustafa Akyol oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) baru-baru ini, Sheriff mendakwa bahawa keperluan memohon tauliah ceramah bagi penceramah yang mahu mengadakan perbincangan mengenai Islam di Malaysia hanya akan mengganggu kemajuan sosial dan ekonomi komuniti Muslim.


Tambahnya lagi, perundangan agama yang ekstrem akan memberi pengaruh kepada polisi-polisi awam dan menyekat kebebasan sekaligus memberi kesan kepada negara-negara yang mengamalkan demokrasi.


“Ini akan mendatangkan keraguan mengenai kedaulatan Perlembagaan Persekutuan dan akan menimbulkan kegusaran bagi negara-negara yang mengamalkan demokrasi.”

No comments:

Post a Comment

Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci