728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday, 8 November 2017

    Jusuf Kalla Mahu Mahathir Minta Maaf




    Naib Pre­siden Indonesia, Jusuf Kalla hari ini meminta bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memohon maaf kerana menghina masyarakat Bugis pada 14 Oktober lalu.

    Portal berita RepublikaOnli­ne melaporkan, Jusuf mengaku terkejut apabila mengetahui Dr. Mahathir membuat kenyataan menghina lawan politiknya de­ngan menyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah perompak kerana berasal daripada bangsa Bugis.

    “Pertama sebagai orang Bugis saya membantah dan terkejut. Oleh itu, Dr. Mahathir harus minta maaf. Ia kerana orang Bugis itu bukan hanya ada di Sulawesi Selatan tetapi di seluruh Indonesia, bahkan di Malaysia,” katanya di Jakarta.

    Jusuf menegaskan, Dr. Mahathir perlu mem­betulkan kenya­ta­an tersebut kerana dianggap menyinggung masyarakat Bugis.

    “Dr.Mahathir perlu memperbetulkan, ja­ngan dikait-kaitkan soal bangsa (dalam berpolitik),’’ katanya.

    Dr. Mahathir semasa berucap dalam perhimpunan ha­ram Pakatan Harapan diketuai DAP di Padang Timur, Petaling Jaya pada 14 Oktober lalu menyebut Najib mungkin berasal daripada lanun Bugis yang sesat ke Malaysia dan memintanya balik ke Bugis.

    Ekoran kenyataannya itu, pelbagai pihak termasuk yang mewakili masyarakat etnik ter­sebut mendesak Dr. Mahathir supaya me­mohon maaf secara terbuka dan menarik balik kata-katanya namun Pengerusi Pakatan Harapan itu enggan berbuat demikian.

    Pada 2 November lalu, Sultan ­Selangor, Sultan Sharafuddin ­Idris Shah melahirkan kemurkaan terhadap kenyataan Dr.Mahathir.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Dewan Diraja Selangor, Hanafisah Jais, baginda memandang serius kenyataan Dr. Mahathir itu yang boleh mencetuskan rasa benci serta prasangka buruk rakyat terhadap etnik Bugis sehingga mencetuskan kekecohan serta huru-hara.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Jusuf Kalla Mahu Mahathir Minta Maaf Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top