728x90 AdSpace

  • Latest News

    Saturday, 11 November 2017

    5 Sebab Wanita Tak Patut Kejar Cinta Lelaki




    Khas untuk wanita di luar sana yang sedang mencari cinta. Jika anda sedang mengejar cinta dari jejaka idaman anda, lebih baik anda hentikan!

    Lelaki sebenarnya tak suka jika anda mengejar mereka. Dah macam perigi cari timba pula dah. Kalau anda dah usaha, tawakal saja. Biarkan cinta tu datang dengan sendiri.

    Ini antara sebab kenapa lelaki tak suka dikejar oleh wanita.

    1. LELAKI TAK SUKA DIKEJAR, BUATKAN MEREKA LEBIH TAKUT
    Lelaki ni sangat takut dengan komitmen. Jadi, jika lelaki itu memang ingin bersama anda, pasti mereka akan tunjukkan usaha dan tak perlu sampai anda terkejar-kejar.

    2. ANDA BOLEH JADI PARANOID
    Mengejar lelaki sebenarnya tidak baik untuk kesihatan mental. Anda boleh jadi cemas dan paranoid setiap kali melihat akaun media sosial mereka dan merasakan semua post ditujukan kepada anda. Sedangkan anda tidak pasti sama ada lelaki itu benar-benar sukakan anda atau tidak.

    3. ANDA HANYA MALUKAN DIRI SENDIRI
    Kalau dapat kawan yang ‘kaki kepoh’ mula la dia canang satu kelas/pejabat yang anda sukakan lelaki tersebut. Kalau lelaki itu tiada hati pada anda, kan dah malukan diri sendiri namanya.

    4. HANYA MEMBUANG MASA SAJA
    Tak guna nak mengejar lelaki yang belum pasti terbaik untuk anda. Hanya buang masa je. Bukan itu je, anda juga boleh hilang fokus untuk lakukan pekerjaan kerana asyik terbayangkan lelaki itu.

    5. ANDA HILANG PELUANG UNTUK BERTEMU LELAKI YANG TEPAT
    Ini antara alasan tepat supaya anda berhenti mengejar lelaki. Nanti bila anda dah sedar bahawa cinta anda itu bertepuk sebelah tangan, barulah nak menyesal. Mana tahu masa tu anda sebenarnya hilang peluang untuk bertemu dengan lelaki yang tepat.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: 5 Sebab Wanita Tak Patut Kejar Cinta Lelaki Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top