728x90 AdSpace

  • Latest News

    Sunday 15 October 2017

    Menang Pertaruhan ‘Like’, Warga Yemen Dapat Visa Percuma Selama 4 Tahun





    Seorang ekspatriat warga Yemen di Arab Saudi dijamin pembayaran visa percuma selama empat tahun selepas beliau memenangi pertaruhan dengan majikannya.

    Warga Yemen itu, Jalal Ahmad yang menggunakan nama ‘The Sensible from Taez’ dalam Facebook menyiarkan gambar seorang lelaki warga Arab Saudi yang beliau nyatakan sebagai majikannya.

    Jalal menambah, beliau memerlukan pertolongan pemilik laman Facebook untuk memenangi pertaruhan yang dilakukannya itu.

    Menurut terma pekerja-majikan, warga Yemen itu akan diberikan permit pemastautin yang diperbaharui setiap tahun secara percuma selama empat tahun jika dia dapat 1,500 ‘like’ dalam tempoh 24 jam.

    “Saya serius mengenai pertaruhan ini dan mahu anda membantu saya mendapatkan ‘like’.

    “Jumlah bayaran untuk visa pemastautin untuk empat tahun ialah SR24,000,” katanya.

    Dalam tempoh 12 jam, beliau menerima 11,000 ‘like’ dan 7,500 ulasan. Malah, dia mendapat lebih 33,000 ‘likes’ sepanjang tempoh pertaruhan itu.

    “Saya mengucapkan terima kasih di atas sokongan anda.

    “Saudara saya ini dan penaja berkata dia akan mengotakan janjinya. Saya berterima kasih kepada semua yang menyokong saya walaupun tidak mengenali diri ini,” kata Jalal dalam laman Facebook nya berikutan sambutan hangat itu.

    Terdapat pemilik laman Facebook berkata, pada awalnya mereka terkejut dengan pertaruhan tersebut namun mengalu-alukannya selepas itu dan menyokong idea untuk berkongsi kegembiraan dengan memberi ‘like’ kepadanya.

    Bagaimanapun, beberapa pengguna Facebook menegaskan warga Arab Saudi itu tidak sepatutnya terlibat dalam ‘pertaruhan yang tidak masuk akal yang tidak menggambarkan hubungan profesional antara mereka’.

    Beberapa pengguna Facebook berkata, pertaruhan tidak dibenarkan dalam Islam dan idea itu secara keseluruhan telah melanggar prinsip Islam. – Agensi


    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Menang Pertaruhan ‘Like’, Warga Yemen Dapat Visa Percuma Selama 4 Tahun Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top