Tuesday, 17 October 2017

5 Universiti Malaysia Dalam Senarai 50 Universiti Terbaik Di Asia - QS





KUALA LUMPUR, 17 Oktober - Lima universiti tempatan kini tersenarai dalam senarai 50 institusi terbaik di Asia oleh QS, menandakan prestasi terbaik Malaysia dalam senarai tahunan itu.

Dua universiti yang telah menduduki senarai 50 teratas sebelum ini semakin meningkat dalam senarai terkini itu, dengan Universiti Malaya (UM) naik tiga tempat dari tangga ke-27 ke tangga ke-24 manakala Universiti Putra Malaysia (UPM) naik 13 tempat dari tangga ke-49 dalam senarai 2016 ke tangga ke-36. 

Dalam senarai terbaru itu, tiga universiti memasuki tangga 50 universiti-universiti terbaik Asia - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) naik 12 tempat dari tempat ke-55 ke tempat ke-43, Universiti Sains Malaysia (USM) naik lima tempat dari tempat ke-51 ke tempat ke-46 dan Universiti Teknologi Malaysia naik 14 tempat dari tempat ke-63 ke tempat ke-49.

Quacquarelli Symonds (QS), syarikat yang mengeluarkan senarai kedudukan universiti di peringkat antarabangsa dan serantau, berkata ini adalah "tahun yang sangat berjaya bagi institusi Malaysia dengan 18 daripada 27 institusi berjaya meningkatkan kedudukan mereka".

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh menekankan bahawa sejumlah 22 universiti tempatan - baik awam dan swasta – tersenarai di antara 300 universiti terbaik di Asia.

"Universiti Teknologi Petronas (UTP), sebuah institusi swasta, menduduki tempat ke-101 (naik 26 tempat dari tangga ke-127) dan menghampiri kedudukan 100 universiti terbaik di Asia," katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Beliau berkata senarai kedudukan oleh QS Asia menunjukkan kemajuan Malaysia selama bertahun-tahun untuk memastikan institusinya dapat memberikan pendidikan berkualiti secara menyeluruh, sejajar dengan matlamat negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pengajian Tinggi) iaitu untuk menjadi hab pengajian tinggi global.

"Kami percaya senarai kedudukan itu berfungsi sebagai titik rujukan yang berguna bagi calon pelajar dalam memilih Malaysia sebagai destinasi pendidikan pilihan mereka," katanya.

Sementara itu, 16 universiti tempatan yang lain, Universiti Utara Malaysia (UUM) menduduki tangga ke-131 (naik dari tangga ke-137 dalam edisi tahun lepas), diikuti oleh Taylor’s University yang mengambil tempat ke-150 (naik dari tangga ke-179) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di tangga ke-158 (naik dari tangga ke-181).

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) jatuh dari tempat ke-151 ke tempat ke-163, manakala Universiti Multimedia (MMU) naik ke tempat ke-179 (naik dari tangga ke-193) dan UCSI University naik dengan ketara ke tempat ke-212 (naik dari tangga ke-343).

Management and Science University yang sebelum ini tidak disenaraikan menduduki tempat ke-217, diikuti oleh Limkokwing University of Creative Technology di tempat ke-219 (naik dari tempat ke-299), Universiti Malaysia Perlis (Unimap) di tempat ke-221 (naik dari tempat ke-229) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) di tempat ke-222 (turun dari tempat ke-218).

Seterusnya adalah Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di tangga ke-243 (naik dari tangga ke-300), Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di tangga ke-247 (naik dari tangga ke-261), Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) di tangga antara 251-260 (naik dari tangga ke-266), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di tangga antara 271-280 berbanding dengan tangga ke-280 pada tahun lepas, Universiti Malaysia Pahang (UMP) di tangga antara 281-290 berbanding dengan tangga ke-291 sebelum ini dan Sunway University yang sebelum in tidak tersenarai kini berada di tangga antara 291-300.

The QS University Rankings: Asia telah diterbitkan setiap tahun sejak tahun 2009, walaupun tidak semua 22 universiti dalam edisi terbaru ini telah dimasukkan setiap tahun.

Edisi senarai serantau 2016 ini telah memasukkan 21 universiti di Malaysia daripada senarai 351 universiti.

Jumlah yang sama juga dilihat dalam edisi 2015 daripada 301 universiti Asia, manakala edisi 2014 dan 2013 menampilkan 18 universiti tempatan daripada 300 universiti serantau.

Kesemua empat edisi sebelum ini yang boleh diakses di sini (https://www.topuniversities.com/asian-rankings) telah memasukkan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang tidak termasuk sebagai sebahagian daripada senarai tahun ini, sementara kedua-dua Management and Science University dan Sunway University tidak termasuk dalam senarai tersebut.


Link asal artikel:
http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/in-malaysias-best-ever-performance-qs-ranks-five-varsities-in-asias-top-50#DrEPQrLhZMc0KSBP.97

No comments:

Post a Comment

Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci