Sekarang ni rata-rata wanita mengganggap mekap adalah perkara penting dalam rutin kecantikan. Rasa tak lengkap jika tak pakai mekap.
Pemakaian mekap sebenarnya membuatkan wajah nampak berbeza dan kelihatan cantik, ianya secara tidak langsung menjadikan seseorang itu lebih yakin.
Namun penggunaan mekap setiap hari tidak baik untuk kesihatan kulit, walaupun anda perlu menggunakannya untuk menuutp cela atau noda pada wajah.
Ini antara 5 sebab kukuh kenapa korang tidak patut memakai mekap setiap hari!
1. SESETENGAH PRODUK KECANTIKAN MENGANDUNGI RACUN
Ada produk jika digunakan setiap hari akan beri kesan buruk pada kulit kerana mengandungi bahan beracun. Walaupun korang membeli mekap yang mahal, namun, bahayanya tetap ada. Lebih selamat jika anda kurangkan memakai mekap!
2. LEBIH BAIK ANDA RAWAT KULIT
Dari berhabis duit dengan membeli mekap yang mahal semata-mata hanya untuk menutup cela pada wajah, apa kata jika korang merawat masalah kulit. Kalau kulit cantik, tak perlu pakai mekap dah!
3. KULIT JUGA PERLU BERNAFAS
Beri masa beberapa hari untuk kulit bernafas jika korang tidak perlu pergi ke kerja. Mekap mampu menyebabkan liang roma korang tersumbat.
4. SISTEM PERNAFASAN TERGANGGU
Sesetengah mekap mempunyai bau wangi atau bau khas tertentu. Jika korang memakai mekap setiap hari, paru – paru korang jadi tidak selesa untuk bernafas dan terganggu.
5. BUKAN KECANTIKAN SEMULAJADI
Tabiat memakai mekap membuatkan korang kelihatan biasa sahaja di mata rakan-rakan atau kekasih. Takut-takut lepas kahwin suami lari sebab terkejut dengan wajah anda tanpa mekap.
No comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci