Pada mulanya, doktor haiwan menyangka sekumpulan monyet telah diracun dan mereka terpaksa melakukan bedah siasat untuk mencari punca kematiannya.
Bagaimanapun, disahkan bahawa kematian 12 ekor monyet di Kotwali Mohammadi, yang terletak di utara India itu sebenarnya telah mengejutkan penduduk di situ kerana binatang itu mati secara serentak.
Rupa-rupanya selepas bedah siasat dijalankan, monyet itu mengidap sakit jantung selepas terkejut dengan ngauman harimau.
Monyet terbabit terlampau takut dengan harimau hinggakan diserang sakit jantung.
Penduduk juga melaporkan harimau sering melalui kawasan terbabit dan ketika kejadian mereka ada mendengar binatang itu mengaum.
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci