728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday, 5 September 2017

    Sebab Warna Rambut Saya Dilabel Wanita Jahat - Zara Zya






    Pelakon Zara Zya meluahkan rasa kecewa apabila dilabel sebagai wanita jahat hanya kerana mewarnakan rambutnya.


    Zara Zya atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 32, berkongsi luahan hatinya menerusi entri terbaru di akaun Instagramnya semalam.


    Kata Zara, mereka yang memberikan kata-kata negatif seperti itu tidak layak untuk tentukan hidupnya.










    "Sebab warna rambut, saya dilabel wanita jahat. Hurm kesian pada yang ada masalah fikiran. Saya hanya mampu berhuhuhu. Bersihkan hati, maafkan manusia lain sebelum tidur.


    "Dan yang penting, awak tiada hak untuk tentukan hidup saya dan hidup manusia lain. Awak tentukan hidup awak sendiri yang belum tentu lurus jalannya. Good night," tulisnya.


    Menerusi ruangan komen, Zara turut menjelaskan tindakan mewarnakan rambutnya itu bukan sekadar suka-suka tetapi atas tuntutan watak lakonannya.







    Foto: Instagram Zara Zya


    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Sebab Warna Rambut Saya Dilabel Wanita Jahat - Zara Zya Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top