Hubungan suami isteri memerlukan kepercayaan dan kesetiaan
untuk kekal sehingga ke akhir hayat. Namun, tidak semua mampu untuk membalas
kepercayaan tersebut baik lelaki ataupun perempuan.
Dalam satu kisah yang dikongsi melalui laman Facebook Kisah
Rumat Tangga, seorang wanita dan juga masih isteri orang telah mengkhianati
kepercayaan yang diberi. Semoga kisah wanita ini menjadi pengajaran untuk
semua.
Perkenalan Melalui Aplikasi Whatsapp
Aku seorang isteri dan ibu yg dah berkahwin hampir 10 tahun.
Kisah aku ni berlaku dalam tahun 2015 bilamana aku berkenalan dengan Z melalui
wassap.
Mula2 Z ni tak tahu yg aku ni isteri orang sebab aku
merahsiakan,sampai satu saat aku brterus terang status diri aku,Z ni memang
terkejut sebab aku dah beri harapan pda dia dan dia tanya sama ada nak teruskan
@ stop.
Akui kami dah mula sayangkan satu sama lain jadi kami
teruskan hubungan tanpa pngetahuan suami aku. Suami aku seorang yg sangat2 baik
cuma aku trlalu bodoh waktu tu untuk menilai. Hubungan aku dan Z hampir setahun
tapi dalam masa yg sama aku tak mampu lagi untuk menipu suamiku sedangkan dia
terlalu baik pada aku dan keluarga aku.
Minta Cerai Dengan Suami
Aku meminta cerai daripada suami sebab aku rasakan Z tu
terbaik dan Z nyatakan hasrat nak kawen dengan aku namun keluarga aku menentang
sekeras2 kerana keluarga aku cukup selesa dengan suamiku.
Suami aku kerja biasa tapi cukup segala. Ada motor, kereta
dan rumah untuk kami sekeluarga berteduh. Aku nekad brterus terang dengan suami
aku ada lelaki lain melalui wassap,suami berang sedangkn dia tak pernah
terlintas nak menduakan aku.
Kami berjauhan seketika untuk masing2 berfikir dengan
tenang. Keadaan dah tenang aku buat kptusan untuk kembali semula pada suami
kerana memikirkan anak2 yang masih kecil.
Pernah Terlanjur Beberapa Kali
Suami menerima dan memaafkan aku. Namun tak sampai disitu
aku masih sayangkan Z,kami masih berhubung & kami pernah terlanjur beberapa
kali. Hari berganti hari Z seakan2 mula berubah,dia mula menjauh dari aku.
Bila aku siasat ternyata dia mempunyai ramai skandal,yang
dasyat bukan dengan aku je dia pernah "bersama". Terduduk aku saat
tu. Bodohnya aku..hinanya aku..lepas kejadian tu aku tak lagi berhubung dengan
Z. Tumpuan aku hanya keluargaku dan perasaan sayang aku pada suami lebih kuat
dari sebelum ni malah makin hari makin kuat.
Aku bertaubat sesungguh2nya..aku isteri yang derhaka..tak
mungkin akan aku ulangi kejahilan dan kebodohan ni...semoga semua mengambil
iktibar dri pengalaman aku..aku pendosa. - www.kakishare.my
No comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci