728x90 AdSpace

  • Latest News

    Friday, 8 September 2017

    Isteri PM Israel Bakal Didakwa Salah Guna Wang Awam






    Isteri Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, Sara Netanyahu akan didakwa kerana melakukan penipuan membabitkan barangan bernilai $115,000, lapor agensi berita China Xinhua.


    Memetik laporan Channel 2 TV News, Peguam Negara Israel Avichai Mandleblit dijangka mengumumkan perkara itu hari ini.


    Sara Netanyahu disiasat kerana melakukan pesanan dan tempahan barangan yang menimbulkan kesangsian apabila melaporkannya sebagai perbelanjaan awam dan bukan membayar secara peribadi.


    Beliau menempah hidangan istimewa dan membeli perabot taman untuk vila keluarga Netanyahu di Caesarea, sebuah bandar kaya di tengah Israel, dan mengisytiharkannya sebagai perbelanjaan awam.


    Selain itu beliau turut disiasat kerana menggunakan seorang pegawai kediaman rasmi perdana menteri di Baitulmaqdis sebagai penjaga bapanya.


    Pejabat Perdana Menteri bagaimanapun menafikan laporan itu.


    Suaminya juga sedang disiasat atas dua kesalahan rasuah.





    -Bernama


    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Isteri PM Israel Bakal Didakwa Salah Guna Wang Awam Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top